Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam


“GONG XI FA CAI!” DI SEBALIK KEMERIAHAN TAHUN BARU CINA, TERNYATA ADA SATU MENU YANG SENTIASA DINANTI-NANTIKAN OLEH MASYARAKAT CINA KHUSUSNYA IAITU HIDANGAN YEE SANG.

Baru-baru nie Sis telah menerima jemputan daripada Hotel Concorde untuk turut sama meraikan Pesta Kemakmuran, bertempat di Restoran RakuXin. Yee Sang merupakan menu utama “makan besar” yang biasanya dinikmati oleh masyarakat Cina bersama keluarga pada malam sebelum Tahun Baru Cina.Merasa jugalah 'mengaul' makanan tersebut!

Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam


Restoran RakuXin yang beroperasi di aras yang sama dengan lobi hotel ini, menyajikan menu Yee Sang yang cukup enak.Hidangan enak campuran ikan dan sayur-sayuran pastinya akan membuatkan korang kecur air liur. Ada Salmon, Scallop, Pear & Salmon dan Pacific Clam, Abalone Yee Sang. Tak pun korang boleh jer pilih Fish Maw Yee Sang atau Disney Yee Sang yang juga tak kurang hebat kesedapannya.

Sampaikan dah balik rumah pun Sis masih teringat-ingat lagi akan keenakan Yee Sang tersebut. Pelbagai rencah atau ramuannya dalam Yee Sang tu. Antaranya  lobak putih, halia muda, halia merah dan putih, sos plum, pamelo, bijan, kacang tumbuk dan banyak lagi. Macam manalah tak sedap kan… macam-macam ramuan yang dicampurnya di dalam menu kemakmuran nih.Hidangan enak ini boleh dinikmati dalam hidangan kecil dan besar.  Dihidangkan ketika makan tengahari dan makan malam.


 INTAI-INTAI MENU!

Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Prosperity Yee Sang (Fresh Salmon & Baby Octopus)


Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Dried Scallop & Crabmeat Soup


Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Duo Roasted Chicken & Duck with Traditional Chinese Herbs


Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Steamed Tiger Garroupa in Hong Kong Style



Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Broccoli and Black Mushroom served with Butter Dried Oyster


Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Work Fried Prawn with Mango & Oat



Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Fried Rice with Garlic Prawn, Shimeji Mushroom & Salted Egg



Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
Chilled Soya Bean with Sea Coconut & Rambutan 


Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
New Year Egg Tart & Lotus Mochi


HARGA YANG DITAWARKAN
Untuk Yee Sang harganya adalah RM88 nett. Selain itu korang boleh juga cuba set menu Calebratory Masterpiece (dari harga RM888nett, RM 988nett dan RM1188nett. Setiap menu 8-course ini untuk meja 10 orang.

Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam


LET’S “LOH SANG”!
Set Yee Sang dan set menu makan disediakan untuk makan tengahari (12.00 tengahari -2.30 petang) dan makan malam (6.30 petang -4.30 petang) dari 1 Februari hingga 2 Mac 2018 di Restoran RakuXin, Concorde Hotel Shah Alam.
Dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu (ditutup pada hari Ahad dan cuti umum)

Okaylah, bagi yang tak sempat nak menikmati Yee Sang sebelum Tahun Baru Cina, korang masih boleh lagi untuk menikmatinya. Datang lah ke Restoran RakuXin nie sebelum 3 Mac, 2018. Nikmati sendiri keenakan Set Yee Sang dan set menu makanan yang lain. Sedap-sedap belaka tau!! Jangan risau, makanan kat sini HALAL ya.

Ok, selamat bercuti semua dan Selamat Tahun Baru Cina buat korang yang meraikannya.


Sampai jumpa lagi. Babai!

Loh Sang @ Concorde Hotel Shah Alam
“GONG XI FA CAI!” 

Lurve,
Sis Anie Mohamed