expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 25 January 2014

Akhirnya Hrithik Roshan Dan Sussanne Bercerai!


Macam aku cakaplah, aku tak berapa minat cerita-cerita Bollywood. Tapi demi permintaan kawan aku yang sorang tu, aku buat jugaklah sikit-sikit cerita ‘retis Bollywood dalam blog nie.

Paling hot sekarang nie tentang kisah penceraian pasangan selebriti popular Bollywood,Hrithik dan Sussanne. Mereka nie telah mendaftarkan perceraian mereka di Mumbai setelah mengumumkan perpisahan mereka pada pertengahan Disember 2013 lalu.

Rumah tangga yang dibina selama 13 tahun itu terkandas jua akhirnya, dan melalui artikel terbabit mengatakan yang Hrithik menyalahkan dirinya sendiri atas perpisahan tersebut. Dan sebelum Hrithik mengumumkan perpisahan tersebut,dia mengaku masih mencintai Sussanne. Namun, kenyataan tersebut disangkal oleh teman baik Sussanne dan dia beranggapan Hrithik sekadar mahu meraih simpati ramai.

Pulak dah... So kita tunggu sahaja kenyataan daripada Sussanne ek. Siapa agaknya yang salah... siapa yang berlaku curang.... L

No comments:

Post a Comment