expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 24 January 2014

Anne Hathaway Nafi Dia Nyaris Mati Lemas!


Siapa yang tak naik 'hantu' atau marah apabila cerita-cerita yang tersebar itu, sudahlah kurang tepat, berlebih-lebihan pulak! Biasalah... bila dah ada yang jadi 'nasi tambah'. Yang tak ada, diada-adakan...  So macam nie lah jadinya kan...

Nampaknya Anne Hathaway kesal dan kecewa dengan beritanya nyaris  mati lemas ketika bercuti di Hawaii baru-baru ini. Katanya, foto tersebut telah digunakan untuk cerita atau berita yang salah. Cerita tersebut terlalu berlebihan, sedangkan Anne hanya dihanyutkan oleh arus yang deras selama beberapa minit. Dan Anne sekadar mahu Adam Shulman tahu, dia berada dalam keadaan yang tidak berapa ok pada saat itu.

Malahan, Anne bukan ditolong atau diselamatkan oleh peluncur air seperti digembar-gemburkan. Sebaliknya oleh suaminya sendiri, Adam Shulman.