Kalau dah banyak RM tu, apa sahaja yang berkenan di hati tak de hal lah nak milikinya. Bahkan, sesiapa sahaja yang dilahirkan dalam kategori keluarga yang mewah juga merupakan satu bonus. 

Macam kisah anak perempuan kepada pasangan Kim Kardashian dan Kanye West yang memiliki kereta mini mewah keluaran Lamborghini. Begitu juga dengan anak perempuan Beyonce Knowles dan Jay-Z  yang telah menerima dua kereta mini Ferrari (biru) dan Cadillac (pink) sempena hari jadinya pada 7 Januari lalu. Khabarnya sebelum itu mereka juga telah menyewa kebun binatang di Miami bagi meraikan hari jadi anak kesayangan mereka itu.

Fuh! Kecik-kecik lagi dah ditaburi dengan kemewahan. Alangkah bertuahnya kan... Rezeki!! Tapi, sekalipun aku tidak sekaya mereka, semewah mereka dari segi harta benda, namun aku tetap bersyukur seadanya. Hidup dalam kesederhanaan yang membahagiakan... :)