expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 24 January 2014

Boots!


Mood nak menulis datang lagi. Yang pastinya, bukan fasal ‘retis’ Hollywood macam selalu dipost. Kali nie nak bercerita tentang fesyen. Macam yang pernah aku tulislah... aku bukanlah seorang yang trendy dan sentiasa up to date dengan fesyen, namun aku suka ambil tahu tentang fesyen-fesyen terkini. Aku suka tengok orang-orang yang punya stail tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan penampilan orang lain, yang mungkin tidak sesuai dengan keperibadian dirinya. Aku ada seorang kawan, dia nie peminat boots!

Dari dulu sampai sekarang, koleksi bootsnya memang dah’menimbun’. Aku pulak dari dulu sampai sekarang tak pernah ada boots! Selalu cakap, nak beli... nak beli.. sudahnya bukan boots yang ku pilih, tapi sneakers! Hahaha...hahha...

 Bentuk boots yang trendy dan selesa dipakai membuatkan boots menjadi kegemaran ramai pencinta gaya. Dah tu ada pelbagai rekaan dan warna, bukan setakat warna hitam. Sebaliknya ada juga merah, biru, kuning dan coklat. Aku paling suka tengok boots koleksi dari Dorothy Perkins, Nine West, Doc. Martens, Top Shop dan H&M. Dari segi warna pula aku pilih warna coklat.

Nampak sikit gaya boyish kan... Tapi, kalau nak nampak klasik sikit ala-ala country, boleh padankan kasut boots yang berwarna coklat tu dengan gaun bermotif bunga. Lepas tu pose sambil pegang gitar. Dah macam Taylor Swift dah kan... Hahaaaaaa..hahha....

Jom, kita beli boots!!! (Alamak, aku cakap nak beli lagi.. hahahah...)

No comments:

Post a Comment