Ishhhh.. terkejut juga aku dengan berita penceraian Hilary Duff dan suaminya Mike Comrie. Macam tak percaya pun ada, sebab selama nie mereka nampak macam ok. Seperti tiada masalah, tup-tup baca berita yang mengatakan mereka telah memutuskan untuk berpisah setelah tiga tahun melayari kehidupan berumahtangga.

Khabarnya, mereka berpisah secara baik. Bahkan keduanya sempat menjalani sesi kaunseling bagi menyelamatkan perkahwinan mereka sebelum memutuskan untuk berpisah.
Menurut artikel tersebut, tiada pergaduhan atau perbalahan yang terjadi, cuma hubungan mereka semakin renggang. Setelah memikirkan masak-masak, akhirnya mereka sepakat untuk berkawan sahaja.

Pada malam Tahun Baru yang lalu, mereka masih sempat lagi mengabiskan momen indah bersama-sama. Malahan, turut membawa anak tunggal lelaki kesayangan mereka yang masih berusia 21 bulan itu bercuti ke Disneyland beberapa hari sebelum keduanya mengambil keputusan ini.

Hurrmm.. bercerai juga akhirnya... Begitulah lumrah cinta dan kehidupan...Ada pasang dan surutnya!