Laaaa... apa kes nie? Aku bab-bab kena bedah nie memang seriau. Rasa ngeri sakit! Nak makan ubat pun aku liat, ini kan pulak nak berdepan  saat-saat getir menjalani pembedahan!

Rupa-rupanya si Naill nie mempunyai masalah di bahagian lututnya sejak kanak-kanak lagi. Bertahun-tahun dah dia buat fisioterapi, tetapi rasa sakit itu masih ada hingga ke hari ini. Jadi, menjalani pembedahan adalah jalan terbaik supaya Naill boleh kembali sembuh sepenuhnya. Lagipun One Direction akan memulakan  Tour Dunia 2014,"Where We Are” tidak lama lagi.

Selepas menjalani pembedahan tersebut, Naill mahu berehat sepenuhnya dan meminta para peminat tidak mengganggu privasi hidupnya selama proses penyembuhan itu.