expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 22 January 2014

Rihanna Bakar Surat Chris Brown!


Dalam hidup ini, semua orang punya kisah cinta masing-masing. Tak kiralah semanis gula atau pun sepahit hempedu. Sama jugalah macam kisah cinta penyanyi Rihanna dan Chris Brown yang tak pernah berkesudahan ini.

Aku ada terbaca satu kisahya, di mana pada malam tahun baru yang lalu, Rihanna telah menerima sepucuk surat berisi kemaafan daripada bekas kekasihnya, Chris Brown.
Mungkin disebabkan hatinya masih sakit dan terluka, Rihanna tidak mengendahkan isi kandungan surat tersebut. Sebaliknya, dibakar!

Chris Brown dikatakan mengirim surat buat Rihanna pada malam tahun baru itu kerana mahu memintaa maaf di atas segala kesalahannya terhadap Rihanna. Dia mengaku menyesal dan berjanji untuk tidak akan menyakiti hati Rihanna lagi.

Tapi sayang, permintaaan maaf  Chris Brown itu dianggap sudah terlambat dan tidak memberi apa-apa makna lagi bagi Rihanna. Biasalah tu hati tengah sakit kan… sometimes, kita boleh berikan seseorang itu kemaafan namun untuk melupakan apa yang telah dibuat mungkin perlukan masa. Apatah lagi jika luka yang ditinggalkan itu amat dalam!

No comments:

Post a Comment