expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 20 January 2014

Robert Pattinson Akhirnya Jual Rumah Ketika Bersama Kristen Stewart



Bukan senang mahu memadamkan kenangan cinta silam, tapi untuk ‘move on’, walaupun sukar kita terpaksa juga melakukannya.  Jika tidak, kita akan terus tenggelam dalam kenangan-kenangan silam!

Disebabkan mahu melupakan kenangan lalu, Robert Pattinson akhirnya bersetuju untuk menjual rumah yang banyak meninggalkan banyak memori cintanya bersama Kristen Stewart.

Khabarnya rumah tersebut telah dibeli oleh pelakon Jim Parsons dengan harga USD 6,375 juta! Wowwwww!!!  Rumah antik  bercirikan negara Sepanyol, dibina pada tahun 1922 ini mempunyai tiga bilik tidur, perpustakaan, halaman yang luas dan ada kolam renang.

Selepas putus, masing-masing pindah . Robert  kini tinggal di sebuah rumah mewah di kawasan Beverly Hills yang dilengkapi dengan bar dan spa peribadi. Manakala Kristen pula tinggal di rumah baru yang dibelinya itu.

Nampaknya Rob benar-benar mahu membina hidup baru, dan tidak mustahil hidup barunya itu tetap bersama Kristen! Suka! Suka! Suka!

No comments:

Post a Comment