expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 20 January 2014

Salman Khan Bukan Mata Duitan!


Serius aku tak minat sangat dengan cerita-cerita Bollywood nie. Tapi, kebetulan seorang kawan aku nie memang giler. Teringat dulu, time aku tengah final deadline. Boleh dia melayan lagu-lagu Hindi tu depan aku. Dahlah tu, kuat-kuat pulak. Sabar jer lah.
Atas permintaan dia, aku buatlah cerita fasal Salman Khan nie. Harap-harap adalah peminat Bollywood di sini. J 

Hurmm... kalau nak tahu rupa-rupanya Salman Khan  nie hanya menggunakan 10% sahaja daripada pendapatan lakonannya. Selebihnya disumbangkan khusus untuk kebajikan.

Menurut kakaknya, iaitu Alvira Khan, tak ramai yang mengetahui hal tersebut. Ia telah dilakukan oleh adiknya itu sejak dia mula berlakon lagi. Difahamkan, bapanya adalah orang yang bertanggungjawab mengajar Salman agar mendermakan 90% daripada pendapatannya untuk kebajikan.

Kebiasaan mendermakan sebahagian besar duitnya itu bukan sahaja berjaya membentuk peribadi Salman agar sentiasa beringat akan kesusahan orang lain. Malah, ia turut menyebabkan pelakon Jai Ho itu tak berminat dengan duitnya yang berada dalam bank. "Salman memang jauh dengan duit. Dia sendiri tak tahu berapa jumlah duit yang ada dalam simpanannya," tambah Alvira.