expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 25 January 2014

Salman Khan Kembali Bersama Katrina Kaif?


Walaupun hubungan mereka dah lama berakhir, namun keduanya tak pernah bermusuhan. Bahkan, khabarnya Salman sanggup menghadiri majlis perkahwinan Katrina suatu hari nanti sekiranya dia diundang.

Cuma, dia tidak mahu hubungan mereka jadi terlalu akrab kerana Katrina bukan miliknya lagi. Salman tidak mahu kewujudannya itu mengganggu hubungan Katrina dan orang akan mula salah anggap, menyangka mereka kembali bercinta.

Bagi Salman, yang lepas biarlah lepas. Tapi, kalau dah jodoh tu siapa boleh menghalangnya kan... Lagipun khabarnya, Katrina kini kembali solo dan kemungkinan besar, dia dan Salman akan kembali disatukan dalam filem tidak lama lagi.

Haaa... mana tau, cinta yang dulu hilang, kini kembali pulang! Hhehe... aku rasa, member aku yang giler Bollywood nie mesti happy dengan perkhabaran ini.

No comments:

Post a Comment