expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 25 January 2014

Selena Gomez ‘Kunci Mulut’!


Kadang-kadang lebih baik kita berdiam diri daripada ‘membuka mulut’, yang mana akhirnya kita sendiri yang akan terjerat dalam permasalahan yang tidak diundang. Biasalah kan, kadang-kadang kita cakap A, tapi ada pulak insan yang menokok tambahnya!

Mungkin sebab itulah Selena Gomez lebih senang ‘mengunci mulut’ . Tiada sebarang komen pun yang terkeluar daripada mulut Selena berkenaan penangkapan bekas kekasihnya, Justin Bieber itu.

Walaupun mungkin dia seperti tidak kisah atas apa yang berlaku, namun aku yakin jauh di sudut hatinya, dia tetap peduli. Selena bernasib baik kerana Demi Lovato , teman rapatnya sentiasa berada di sisinya. Sekurang-kurangnya adalah tempat tuk Selena meluahkan rahsia hati.

No comments:

Post a Comment