Ketam Masak Lemak Cili Api | Dah ada idea nak masak apa hari ini? Jom kita cuba Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api.Ianya cukup menggoda selera, perpaduan antara rasa pedas cili api yang membara serta kemanisan daripada ketam itu sendiri ‘walaaweh’ nikmat!

Resepi Ketam Masak Lemak


Pencinta ketam pasti tahu keenakkannya. Sis memang suka makan ketam. Actually, paling suka ketam yang dimasak sambal. Lagi pedas, lagi sedap. 

resepi ketam masak lemak

Tapi, sekali sekala pekena ketam masak lemak cili padi syok juga kan. Lagipun senang giler nak memasaknya. Tak payah nak duduk kat dapur lama-lama! 
 
Caranya cukup mudah…. betul Sis tak tipu, bukan apa kalau malas nak kisar bahan-bahan tu, kita potong-potong jer. Jangan risau, tetap sedap ok! 
Tapi sebelum tu kita ambik tahu terlebih dahulu cara nak pilih ketam yang segar, barulah gulai kita tu nanti jadi bertambah-tambah sedap!

Cara Pilih Ketam Segar

Cara Pilih Ketam Segar


Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk memilih ketam segar:

Pilih Warna yang Cerah

Pilih ketam yang mempunyai warna cerah dan berkilat. Ini menunjukkan bahawa ia masih segar dan berkualiti.


Berat yang Berat

Sentiasa pilih yang berat. Ketam yang berat cenderung mempunyai lebih banyak isi dan akan memberikan citarasa yang lebih baik.


Periksa Sepit Ketam

Periksa sepitnya, kalau masih kuat dan tidak rapuh itu menandakan ia masih segar.


Periksa Bahagian Bawah

Lihat di bahagian bawah ketam. Jika bahagian ini terbuka atau retak, ini mungkin menunjukkan ia sudah lama mati atau sudah rosak.


Cium Bau Laut

Baunya mestilah segar seperti bau laut. Hindari ketam yang mempunyai bau busuk atau terlebih hanyir.



Tengok Mata

Tengok matanya. Jika mata kelihatan jernih dan cerah adalah petanda ketam yang elok


Elakkan yang Berbuih

Elakkan mengambil ketam yang mempunyai banyak buih di sekitar badannya. Ia mungkin menunjukkan ketam tersebut sudah lama mati.


Pilih Ketam Aktif

Ketam segar selalunya aktif bergerak. Ini menunjukkan ia masih hidup dan sangat segar.


Suhu Penyimpanan

Jika membeli ketam yang telah dibekukan, pastikan ia disimpan pada suhu yang sesuai dan tidak mengalami penyimpanan yang terlalu lama.


Beli dari Sumber Dipercayai

 Jika korang membeli dari peraih ikan atau  terus daripada restoran, pastikan ia dari sumber yang dipercayai bagi mendapatkan ketam yang berkualiti.


Nota: Dengan menggunakan tips ini, korang akan dapat memilih ketam segar yang akan memberikan hasil masakan yang enak dan memuaskan hati.


Tips Memasak Ketam Masak Lemak Yang Ada 'Umphh'


Berikut beberapa tips untuk memasak gulai lemak tersebut dengan rasa yang lebih sedap:


* Persediaan yang Baik


Pastikan korang telah menyediakan semua bahan dan peralatan sebelum memulakan proses memasak. Ini akan membantu memastikan bahawa semuanya berjalan lancar.

* Ketam Segar

Pilih ketam segar dan berkualiti kerana iamemberikan rasa yang lebih sedap pada hidangan.

* Penyediaan Bahan

Persediaan cili berserta ramuan lain merupakan kunci kepada citarasa hidangan. Pastikan korang menggunakan ramuan yang berkualiti dan mengikut petunjuk resipi.

*Proses Memasak Ketam

Rebus ketam dalam air garam selama beberapa minit sehingga kepah berubah warna dan dagingnya masak. Jangan terlalu lama memasaknya kerana ia boleh menjadi liat.

* Sentuhan Kicap Manis/Pedas

Tambahkan sedikit kicap manis untuk mendapatkan citarasa yang sesuai dengan selera.Pastikan korang cuba rasa semasa proses memasak untuk mengukur tahap kemanisan/pedas yang diinginkan.

* Penggunaan Minyak
Jika nak gunakan minyak untuk menumis, secukupnya sahaja tau.Jangan terlalu banyak minyak kerana ia boleh mengurangkan keenakan hidangan tersebut.

* Penggunaan Herba dan Rempah
Kreatif dalam menggunakan herba dan rempah untuk meningkatkan rasa dan aroma hidangan. Daun limau purut, daun kunyit, serai dan bawang besar adalah beberapa contoh yang boleh digunakan.
* Pemadatan Rasa

Biarkan hidangan masak dalam api perlahan untuk membolehkan rasa bahan-bahan meresap ke dalam ketam tersebut.

* Kecilkan Api

Jika hidangan menjadi terlalu pedas, boleh kecilkan api dan tambahkan sedikit air atau santan untuk menyeimbangkan rasa.
resepi ketam masak lemak

Jom Cuba!

Resepi Ketam Masak Lemak Style Kampung

Apa yang ditunggu lagi? Jom kita sama-sama melangkah ke dapur dan cipta hidangan yang memikat hati dan perut!
Bahan-bahan:
3 ekor ketam segar, cuci bersih, belah dua atau empat bahagian. Ikut suka hati. 
Lumurkan dengan sedikit kunyit.1 paket santan serbuk. (Kalau malas nak cari santan kelapa original. Asingkan sikit santan, jadikan ia pekat. (kalau guna santan paket le) 
1 biji bawang merah (malas tumbuk, hiris sudah! hahah…)
Bawang putih sebiji (hiris saja ek- nak cepat kan)
1 batang serai (diketuk-ketuk)
1 helai daun limau purut 

6 biji cili padi (dikisar - biasanya Sis kisar banyak-banyak terus dan bekukan. Bukan apa senang nak masak apa-apa masakan yang melibatkan penggunaan cili padi nih.) 

Garam/sesudu kecil kicap manis/serbuk perasa secukupnya. 

1 keping asam kandis. 

Serbuk kunyit (nak sedap mestilah guna kunyit hidup… tapi kalau malas, serbuk kunyit pun boleh) 

Nota : Kalau nak gandingkan ketam ini dengan timun kuning, tomato, nenas, bendi, kentang atau apa sahaja yang korang suka pun boleh. Mana-mana yang jenis empuk, masukkan kemudian sikit ye. Kalau tak, nanti lembik plak… Kena pandai agak-agaklah.


resepi ketam masak lemak
Kunyit Giling Hajjah Piah ni memang favourite Sis. Betul-betul sangat mudah! 


Cara Memasak:
1. Bancuh santan, permulaan nie cair sikit pun tak mengapa. 

2. Masukkan santan cair tu ke dalam periuk bersama rencah-rencahnya seperti bawang merah, bawang putih tadi, serai, cili api dan sedikit serbuk kunyit. 

3. Masukkan santan cair bersama rencah-rencah tersebut ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biar ia sebati dan barulah masukkan ketam, masak hingga berubah warna dengan menggunakan api sederhana. 

4. Tuang santan pekat, masak kembali hingga mendidih dan masukkan daun limau purut, garam, kicap manis/pedas dan serbuk perasa secukupnya.



daun limau purut
Bagi korang yang tak kenal, nilah daun limau purut


5. Kalau rasa dah ok, kuah pun dah korang rasa 'ngam-ngam' bolehlah angkat dan hidangkan. Senang sangat, kan...

resepi ketam masak lemak
(Kredit foto & resepi: Che Nom)


Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Che Nom

Dikongsikan juga resepi istimewa daripada air tangan Che Nom. Korang boleh cuba resepinya ini. Sedap tau!

Bahan-bahan:

3 ekor ketam segar

1 batang serai, dititik

1 helai daun kunyit, carikkan

2 cawan santan pekat

1 keping asam gelugor

Bahan untuk kisar halus:

5 biji cili api

2 biji cili merah

1/2 biji bawang besar

1 inci kunyit hidup

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

Secubit belacan

Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.

2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.

3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Selamat mencuba Resepi Ketam Masak Lemak. Citarasa yang enak ini pasti akan membuatkan korang tidak berpaling lagi dari menu makanan yang satu ini. Wahh... sampai gitew sekali kan kesedapannya.