expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, 30 September 2014

Chris Martin Masih Gagal Lupakan Gwyneth Paltrow?


Penceraian kedua bintang popular Hollywood ini ternyata tidak menjadikan Chris Martin dan Gwyneth Paltrow saling bermusuhan.

Bahkan keduanya  masih mempunyai hubungan yang baik. Jelas membuktikan kenyataan tersebut, apabila Chris datang sejam lebih awal di rumah bekas isterinya itu berbanding dengan tetamu yang sempena majlis ulangtahun Gwyneth yang ke- 42 tahun.

Biarpun vokalis Coldplay itu kini dikatakan mempunyai hubungan mesra dengan pelakon cantik, Jennifer Lawrence namun kehadirannya sendirian membuatkan ramai yang tertanya-tanya sendiri, apakah Chris masih mencintai Gwyneth? Atau, kehadirannya itu sekadar untuk memeriahkan majlis tersebut.

Majlis ulang tahun Gwyneth pada 27 September lalu turut dihadiri oleh ramai artis Hollywood terkenal. Antaranya Kate Hudson, Nicole Richie dan Tobey Maguire.
Kesudahannya macam mana, kita sama-sama tunggu sahaja. Apakah Chris bakal kembali kepada Gwyneth? Atau Chris tetap meneruskan percintaanya bersama Jennifer Lawrance? Atau  lebih dia rela untuk terus sendiri? Tunggu…