expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 27 May 2017

BORONG LAUK DI PASAR PASIR PENAMBANG KUALA SELANGOR CUKUP BERBALOI!

Pasar Pasir Penambang
Rambang mata dibuatnya bila tengok ikan-ikan segar yang jauh lebih murah dari Pasar Shah Alam.
INI MERUPAKAN KUNJUNGAN PERTAMA SIS KE PASAR PASIR PENAMBANG YANG TERLETAK DI KUALA SELANGOR. SETELAH SEKIAN LAMA MEMASANG ANGAN-ANGAN UNTUK KE SINI, AKHIRNYA HARI PERTAMA PUASA TERCAPAI! 



Pasar Pasir Penambang
Inilah rupanya Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor, pandangan dari depan.
Alhamdulillah, semua ni berkat kesungguhan Kak Long@Mama Fiza dan suaminya, Ucop mengajak Sis dan Pakcik (En.Hubby) memborong membeli lauk pauk di sini. Kalau tak kerana dorang berdua, sure Sis tak sampai ke sini... Selamanya la kot setia dengan Pasar Shah Alam, walaupun barang-barangnya agak mahal!

Lagi terujalah Sis nak pergi ke Pasar Pasir Penambang ini bila dorang kata barangan basah seperti ikan dan makanan laut di sini bukan sahaja lebih murah. Bahkan segar-segar belaka.
Pasar Pasir Penambang
Ikan Senangin & Bamboo Stick 
Pasar Pasir Penambang
Ikan Tuna segar dan sihat hihhi....
Pasar Pasir Penambang
Ikan Sardin sedap kalau digoreng sambal :))

Pasar Pasir Penambang
Ikan Selar RM 15 sekilo
Rambang mata melihat udang, ketam, sotong, kepah, lala dan pelbagai jenis ikan yang selama ini Sis tak pernah tengok dan tahu. Semuanya nampak segar, tapi sebagai pembeli kita kena pandai pilih jugalah. Di samping itu, kena pusing-pusing dulu, tengok mana gerai mana yang paling ok, betul-betul segar dan lebih murah harganya.

Pasar Pasir Penambang
Kalau suka makan ketam, wajib borong!
Pasar Pasir Penambang
Macam ni rupanya eh... Sotong Katak. 
Pasar Pasir Penambang
Mentarang... Kali pertama Sis tahu dan tengok. Hoo...hoo..

Pasar Pasir Penambang
Ikan ni nampak pelik... Ikan Lidah namanya... Comot jer upanya, tapi kalau goreng sedap huhu...

Pasar Pasir Penambang
Scallop, Siput Sedut & Kerang




























Kalau tanya Sis, berbaloi atau tidak memborong lauk di Pasar Pasir Penambang ni, jawapannya memang berbaloi!  Walaupun perjalanannya memakan masa hampir sejam dari Shah Alam. Agak jauh juga untuk sampai ke sini, tapi kami ikut jalan dalam bukan highway. Kalau ikut LATAR Express ke Kuala Selangor, tol nya mahu juga dalam RM30 macam tu. Hehehe.. hehhe.. 

Pasar Pasir Penambang
Borong jangan tak borong ye Kak Long @Mama Fiza :))

Sekali pergi, memang teringin untuk datang lagi ke Pasar Pasir Penambang ni. Setiap minggu mungkin tidak, tapi sebulan sekali why not kan... Boleh beli dan simpan stok untuk seminggu dua. Sis memang tak suka beli banyak-banyak, takut membazir. Sis hanya beli apa yang Sis dah plan untuk masak dan apa yang seisi rumah suka makan. Penjimatan kaedahnya!

Pasar Pasir Penambang

Pasar Pasir Penambang
Selain sayur, terdapat juga gerai yang menjual buah-buahan di sini. Harganya boleh tahan, masih tak 'meraung' seperti di Pasar Shah Alam.. hiihi...
Pasar Pasir Penambang
Disebabkan perjalanan kami ajak jauh, jadi kami letak 'hasil tangkapan' tersebut di dalam polisterin. Kalau tak bawa, boleh jer beli kat situ.Ada banyak dijual.
Menu Berbuka Puasa Hasil Tangkapan Kami di Pasar Pasir Penambang Kuala Selangor
Pasar Pasir Penambang
Ikan Lidah Goreng Kunyit - Air Tangan Kak Long@Mama Fiza
Pasar Pasir Penambang
Udang Masak Lemak Cili Padi, menu utama kat rumah Kak Long@Mama Fiza. Tq sebab sudi bagi kami merasa sama! Sedap tau.

Pasar Pasir Penambang
Sotong Katak ni Sis buat Masak Sambal jer.

Pasar Pasir Penambang
Menu favourite kat rumah Sis Ayam Blackpepper
Itulah  serba sedikit kisah Sis di hari pertama puasa. Insya-Allah, jika masih diberikan kesempatan, teringin lagi untuk memborong lauk basah di Pasar Pasir Penambang ini.Bila tengok lauk pauk segar ni jauh di sudut hati Sis, sebenarnya terusik... alangkah bagusnya jika Sis dapat masakan lauk-pauk yang enak ini untuk emak Sis di kampung sebagai hidangan berbuka puasa! 

Huhuu.. huu..  Harap-harap, minggu depan Dhia Marissa sihat sepenuhnya supaya kami semua dapat pulang ke kampung halaman Sis untuk berbuka puasa dan bersahur dengan mak!

Okaylah, sampai jumpa lagi di catatan lain. Jika ada masa dan rajin tu, jangan lupa bershopping lauk pauk di Pasir Pasar Penambang tau...  

Lurve,
Sis Anie Mohamed