expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 13 July 2017

ALAHAI…. OPEN HOUSE RAYA 2017


Open House Raya

TIME RAYA NIE TENTULAH BANYAK OPEN HOUSE RAYA, KAN. LEBIH-LEBIH LAGI DAH NAK PENGHUJUNG SYAWAL NIE, TIAP-TIAP HARI JER ADA JEMPUTAN RUMAH TERBUKA. PERGI JANGAN TAK PERGI! 


Tapi Sis jarang betul-betul dapat menikmati open house raya yang dibuat oleh kengkawan mahupun sedara mara. Bukan tak ada jemputan, cuma tak berkesempatan. Time yang dibuat tak kena dengan kelapangan Sis sesi keluarga.

Jadi, mana-mana kengkawan atau sedara mara yang Sis tak dapat turut serta tu, janganlah berkecil hati ok. Kalau free, of coz lah Sis datang. Siapa yang tak suka makan free dan dapat jumpa kengkawan dan sedara mara semua. Itulah juga medan untuk kita mengeratkan lagi silaturahim yang terbina. Tapi, kalau Sis tak dapat datang tu, faham-fahamlah ya. Betul-betul diri ini tak free.... Maaaaapp tau! 

Tahun ni di celah kesibukan tu Sis sempat jugalah berkunjung ke open house raya  MBSA dan FAMA.Kebetulan time tu Sis berkelapangan. Jadi, Sis pun singgahlah memeriahkan majlis open house raya tersebut. Tak lama mana pun.. sejam selepas itu, Sis dah cabut balik!
Open House Raya
Di majlis tersebut turut diadakan penyerahan sumbangan raya kepada Ma'ahad Tahfiz Darul Pekima dan Pusat Tarbiah & Anak Yatim, Seksyen U12, Shah Alam.


Open House Raya
Gabungan konsep tradisional dan go green menjadi pilihan MBSA untuk tahun ini. Unsur-unsur mesra alam dapat dilihat dengan penggunaan bahan-bahan mesra alam dan juga kitar semula.
Open House Raya MBSA macam biasalah memang penuh sesak. Apatah lagi majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor; YBhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam; ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri. Ahli Majlis dan Pengarah-Pengarah Jabatan, kakitangan MBSA dan penduduk sekitar juga di jemput hadir. 

Open House Raya
Ramai yang teruja dengan kehadiran Dato' Seri Azmin Mohamed Ali, Menteri Besar Selangor.
Sis tak dapat sangat nak menikmati juadah yang disediakan walaupun terdapat 17 buah gerai yang diuruskan oleh kakitangan dan Jabatan/Bahagian/Pejabat Cawangan MBSA.

Pelbagai juadah makanan dan minuman tempatan.Antara hidangan yang menjadi tarikan ramai ialah satay, ayam golek, lemang, rendang, mee kari, kuih muih tradisional, lontong, roti jaya kuah kari, aneka gorengan, nasi hujan panas, buah-buahan tempatan, cendol/air batu campur dan sebagainya.

Kebetulan time tu, Sis bawa buah hati Sis, Dea Marissa  sekali.Mula-mula sampai moodnya ok,10 minit lepas tu memang dah tak ok... Huhuu... Maybe sebab keadaan cuaca yang panas dan sesak, so 'berangin'lah! 

Open House Raya
Mula-mula sampai Dea Marissa tersenyum riang, 10 minit lepas tu meragam habis!
Open House Raya
Kat Open House FAMA, selera makan Sis memuncak. Apatah lagi juadah yang disediakan sedap bangat!

Open House Raya
Kalau ada Kak Liza ni, memang lagi panjanglah langkah Sis untuk ke open house raya. Hahaha.. hahah..
Ketika menghadiri open house raya FAMA, Sis memang makan puas-puas. Mungkin sebab Sis sampai lebih awal, jadi keadaan tidak begitu sesak. Pelbagai juadah di sediakan, sampai tak terpilih nak makan yang mana satu dulu. Heheh… Chewah! Macamlah Sis makan banyak sangat, kan….

Apapun, Sis sempatlah menikmati satay, laksa Penang, nasi himpit, lemang, rendang daging dan yang paling Sis suka ialah dapat makan buah rambutan dan juga manggis! Hahhaha… tu memanglah favourite Sis, dulu kini dan selamanya!

Open House Raya
Konsep Open House Raya memang tak ada, kalau nak datang beraya kenalah roger macam dorang nie hihi...  

OPEN HOUSE RAYA RUMAH SIS
Alahai… memang ramai yang tanya bila Sis nak buat open house raya nih. Alahai… alahai… sebenarnya tiap-tiap tahun pun Sis memang tak ada buat open house. Kalau ada kengkawan atau sedara mara yang nak datang, roger jer… Sis akan masak dengan sebaik mungkin untuk memenuhi selera tetamu yang datang. Hehehehhe…

Antara menu yang Sis masak untuk menjamu kengkawan yang sudi datang beraya ke rumah Sis... semuanya simple dan rasanya pula... hurmm ok-ok kot. Hahaa..haha...maklum ler Sis tak terror mana bab masak memasak ni... 

Open House Raya
Spaghetti Oglio

Open House Raya
Kuah Kacang Ayam
Open House Raya
Nasi Himpit

Open House Raya
Rendang Daging Masak Hitam

Sambal Udang Petai


Gitulah konsepnya…. Lagipun rumah Sis kecik jer dan sempoi habis, so memang tak sesuai sangat nak ber open-open house raya nih. Apapun, Sis happy walaupun tak buat open house raya namun ada juga kengkawan dan sedara mara yang sudi bertandang ke teratak buruk Sis. Terima kasih dan kalau panjang umur kita,  jangan serik singgah lagi tahun depan tau hahha..hahha… 


Open House Raya
Dea Marissa tukang sambut tetamu yang datang beraya :)p
Itulah serba sedikit cerita Sis tentang open house raya tahun 2017. Walaupun Sis seisi keluarga meraikannya dengan penuh kesederhanaan, namun Sis rasa amat bersyukur dan gembira kerana Tuhan masih memberikan Sis kesempatan untuk meraikannya bersama orang-orang yang Sis sayangi. Itulah yang lebih bermakna!

Open House Raya

Sekian dulu. Jumpa lagi.

Lurve,

Sis Anie Mohamed