expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 16 October 2017

MAKIN SYOK SHOPPING DI GUARDIAN!

Jenama Milikan Guardian

TAK RASA WAS-WAS LAGI  BILA BERSHOPPING KAT GUARDIAN. KENAPA? HAAA…. ADA SEBAB, SIS KATA MACAM TU TAU. BARU-BARU INI PRODUK JENAMA MILIKAN GUARDIAN YANG TERPILIH DAH DAPAT PENSIJILAN HALAL JAKIM (JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA).


Jenama Milikan Guardian
Allhamdulillah, lagipun Sis memang suka bershopping di Guardian nie.Tak pernah mengecewakan sebab selalunya apa yang Sis nak beli, contohnya macam barang-barang kecantikan dan juga kesihatan terjual di situ.Lagipun premis jualannya banyak. Paling best, salah satunya berdekatan pula dengan tempat tinggal Sis. So, lepas ni makin ligatlah Sis bershopping di Guardian hehhe.. hehhe…

Jenama Milikan Guardian

Antara produk produk-produk Jenama Milikan Guardian yang telah disahkan Halal oleh JAKIM adalah Gel Mandian, Gel Mandian Bayi, Losyen Bayi, Cecair Pembersih Wanita dan Vitamin jenis ‘Gummies’ untuk kanak-kanak.

Kesemua produk Jenama Milikan Guardian telah dikilangkan dengan piawaian kualiti yang tertinggi, dengan produk yang relevan telah diuji dan dibuktikan secara dermatologi.

Jenama Milikan Guardian

Pensijilan Halal JAKIM memastikan semua piawaian ketat berkenaan dipatuhi di setiap peringkat pencarian dan pembelian bahan mentah; pembuatan; pengisian pergudangan dan lojistik di kilang bagi memastikan kesucian dan kebersihan kesemua produk-produk yang dihasil menepati syariah Islam.

Jenama Milikan Guardian
Nie dia antara 'orang kuat' Guardian - Puan Farahani Failul Rahman dan Encik Alfonso Roderos
Menurut Pengarah Jenama Milikan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. Alfonso Roderos, produk-produk jenama Milikan Guardian yang disahkan Halal oleh JAKIM diterima baik oleh umat Islam dan bukan Islam kerana mereka mempunyai keyakinan dalam jaminan kualiti.

Pensijilan Halal oleh JAKIM ini menambah satu lagi lapisan kepada keyakinan dan kepercayaan pengguna kepada produk kami. Ia membolehkan pengguna Islam mendapat akses kepada lebih banyak jenis produk yang Halal. Tambahan pula kebanyakannya diuji serta dibuktikan secara dermatologi pada harga yang berpatutan.

Jenama Milikan Guardian
Profesor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Kontemporari Pengajian Islam, Universiti Teknologi Mara
Bagi Profesor Madya Dr. Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Kontemporari Pengajian Islam, Universiti Teknologi Mara, seorang pendakwah nasional, penyelidik dan penganjur kesedaran Halal, “Kesanggupan Guardian untuk mematuhi syarat-syarat Halal di setiap peringkat proses perkilangan mereka akan memberikan umat Islam dan bukan Islam jaminan bahawa jenama ini amat menghormati kepercayaan pengguna dan komited untuk memberikan mereka kebolehkesanan mengenai kesucian dan kebersihan produk di seluruh peringkat.”

Jenama Milikan Guardian


Penolong Pengurus bagi Perhubungan Awam dan Kerajaan Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. Farahani Failul Rahman turut menjelaskan bahawa pengguna bukan Islam kini juga mula mencari produk Halal kerana yakin dengan kesucian dan kebersihan produk di sepanjang proses perkilangan.

Guardian Malaysia akan terus memperluaskan portfolio produk-produk halal bagi memperkukuhkan lagi janji jenama bagi memberikan kepercayaan, semangat dan Inspirasi untuk manfaat para pelanggan.

Wah! Begitu… Insya-Allah lepas ni kita akan nampak lebih banyak lagi Jenama Milikan Guardian yang mempunyai label pembungkusan Halal JAKIM.

Untuk senarai produk yang disahkan Halal, korang boleh semak di  www.halal.gov.my.
Manakala untuk jaringan produk-produk berkenaan korang boleh juga jenguk di e-kedai kat pautan https://online.guardian.com.my.

Sekian dulu untuk catatan kali ini. Selamat bershopping di Guardian. Tata!!
Jenama Milikan Guardian



Lurve,
Sis Anie Mohamed