expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 5 November 2017

KEMPEN JUALAN MURAH SUPER 11.11 SHOPEE



Shopee Super Sale

BAGI YANG SUKA BERSHOPPING DI SHOPEE, PASTI DAH TAHU CERITA TENTANG JUALAN MURAH SUPER 11.11 SHOPEE. BAGI KORANG BELUM TAHU, SERIUS JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK TURUT SAMA MENIKMATI JUALAN MURAH SUPER 11.11 SHOPEE. SEMUANYA MURAH ‘GILER’!

Shopee Super Sale
Sebenarnya Sis pun baru jer ‘jatuh cinta’  membeli belah di Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ni. Jadi, bila Shopee  buat jualan murah Super 11.11 Acara Jualan Mega Akhir Tahun Yang Paling Sensasi, bermula 1 hingga 11 November ini Sis adalah salah seorang pelanggan Shopee yang paling seronok. Terkejut beruk jugalah sebab ada di antara harga barangan yang dijual bagi Sis tak masuk akal.Hihhi… murah sangat!


Shopee Super Sale

“Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan. Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi,”– Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 
Bukan apa, terlalu banyak tawaran hebat berganda termasuklah Jualan Murah RM 11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi boleh kita nikmati. 
Sudahlah tu lebih 3,000 jenama dan usahawan terlibat yang menawarkan potongan harga berganda-ganda tau.Potongan harga berganda sehingga 90 peratus dan lebih 100,000 produk yang di bawah Jaminan Harga Terendah Shopee.Mana tak syok, kan...  
Shopee Super Sale


Jualan Murah Super Shopee ni memang buat Sis betul-betul teruja. Ikutkan hati, nak itu,nak ini.. sebab kat Shopee, macam-macam ada. Keinginan untuk membeli tu jadi membuak-buaklah. Al-maklumlah dengan adanya website Shopee,aktiviti membeli-belah Sis jadi lebih mudah serta cukup menjimatkan.

Lagi satu yang buat Sis suka adalah dengan jaminan Harga Terendah Shopee tu. Kita akan rasa lebih ‘selamat’ dan jimat ketika membeli belah.

Mana taknya, Shopee berikan jaminan tau pada mana-mana pembeli yang terjumpa sesuatu produk pada harga lebih rendah di platform lain. Shopee akan berikan ganti rugi sebanyak 120 peratus pada perbezaan harga tersebut.

Shopee Super Sale


Sejak 1 November lalu, korang yang membeli barangan di  Shopee boleh menikmati potongan harga dari pelbagai macam produk dari kategori popular, termasuklah 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran korang pada harga terendah.

Shopee Super Sale

Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari.

Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi.



Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut, layari www.shopee.com.my/1111.Tak pun muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Okay, selamat membeli belah, dan rasakan keseronokan bershopping dengan hujung jari! Jadi,jangan lepaskan peluang ni tau, rugi besar kalau korang tak ‘grab’!

Sampai jumpa lagi!

Lurve,
Sis Anie Mohamed