BARU-BARU INI BERTEMPAT DI
WISMA PPZ TELAH BERLANGSUNG SATU MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG
PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF 2017.
Pertandingan tersebut telah
mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama daripada golongan muda.
Pusat Pungutan Zakat- MAIWP telah menerima hampir 50 penyertaan sejak ianya
dibuka dari 15 Ogos sehingga 30 September lalu.
Antara terma dan syarat pertandingan, terbuka kepada semua warganegara Malaysia
yang berumur 18 tahun ke atas dan peserta boleh menghantar lebih daripada satu
penyertaan.
Tema video yang diketengahkan
ialah‘Mencari Rezeki Yang Berkat’.Manakala
durasi video yang ditetapkan adalah selama tiga minit dan perlu dirakamkan
dengan menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang perisian bagi
tujuan penyuntingan.
Selain itu, montaj video pula
hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur. Pertandingan
tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
- Video
Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati)
- Anugerah
Video Pilihan Ramai
Sebanyak 13 video telah
disenarai pendek oleh panel juri ke peringkat akhir dan video ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’
dihasilkan oleh Muhammad Hanif Bin Ngarisan,26, telah dipilih sebagai pemenang
tempat pertama.
Beliau bukan sahaja berjaya
membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2000 bagi tempat pertama. Bahkan turut
meraih wang tunai sebanyak RM1000 bagi kategori Anugerah Video Pilihan.
Menurut Muhammad Hanif,
beliau sendiri tidak menyangka dengan kemenangan tersebut.
“Syukur allhamdulillah. Rezeki yang tak terduga. Apatah lagi, saya tak pernah ada pengalaman menyertai mana-mana pertandingan sebegini.Dalam
tempoh dua minggu, saya dan isteri, Normarina Binti Mohd Yusof berusaha gigih
untuk menyiapkannya.”
Berkongsi kejayaan bersama isteri tersayang yang sama-sama turut terlibat dalam pembikinan Video Terbaik 'Mencari Rezeki Yang Berkat' ini. |
“Kami berkongsi idea dan juga pendapat bagi menghasilkan
video berteraskan idea dakwah kreatif ini supaya apa yang dipaparkan mampu
memberikan impak atau mesej yang mendalam kepada penonton,” beritahunya yang juga merasakan kemenangan tersebut adalah rezeki buat anak mereka yang baru berusia empat bulan itu.
Majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan itu telah disempurnakan
oleh Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, selaku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
dan juga Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
PPZ-MAIWP serta Cik Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin, Pemilik Boutique Coudre
KL, selaku penaja utama pertandingan tersebut.
SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO
JOM KREATIF 2017
TEMPAT PERTAMA: RM2,000 – Encik
Muhammad Hanif Bin Ngarisan
TEMPAT KEDUA: RM1,500 – Syahidah Binti Baharudin
TEMPAT KETIGA: RM1,000 – Nurhidayah Binti Atmin
SAGUHATI: WANG TUNAI BERNILAI RM500 TIAP SEORANG
SAGUHATI: WANG TUNAI BERNILAI RM500 TIAP SEORANG
-
Nurmanisya
Binti Sharudin
-
Muhammad
Adam Bin Ibrahim
-
Muhammad
Fairullah Bin Hamran
-
Mohd
Amirul Ashraf Bin Abdul Aziz
-
Nik
Puteri Nur Anis Binti Noor Azmi
-
Nabeel
Fakrul Razy Bin Jufri
-
Anis
Asyikin Bin Alias
-
Muhammad
Zuhaily Bin Razali
- Muhammad
Norazi Nazreel Bin Mohd Yazid
ANUGERAH PILIHAN RAMAI: WANG TUNAI BERNILAI
RM1,000
Muhammad Hanif Bin Ngarisan –Video
beliau telah mendapat 752 Like dan 529 Share.
Inilah Video Terbaik 'Mencari Rezeki Yang Berkat', yang dihasilkan oleh Muhammad Hanif sehingga meraih dua kemenangan.
Tahniah
kepada semua pemenang. Diharap pertandingan sebegini dapat diteruskan lagi bagi
memberikan manfaat serta menyuntik
nilai-nilai positif bukan sahaja untuk masyarakat, malahan di dalam diri kita
sendiri.
Sebelum mengakhiri catatan Sis kali ini, bagi yang belum follow, silalah follow ya:
FB:
facebook.com/myzakat
Twitter:
twitter.com/ppzwp
YouTube:
youtube.com/ppztv
Lurve,
Sis Anie Mohamed
14 Comments
Untung menang 2 hadiah kan, rezeki baby dia
ReplyDeleteAahaa... rezeki baby.. atas usaha kedua ibubapanya ... gabungan mantap suami isteri ini memang berbaloi kan.. :)
DeleteBestnyerr 3k sekali dapat rezeki isteri dan anak
ReplyDeleteDi mana ada kemahuan, di situ ada jalan... wah gitu... usaha yang membuahkan hasil :))
DeletePertandingan ini amat bagus dianjurkan sebab ia dapat memberi peluang pada golongan anak2 muda untuk lebih kreatif dan melaluinya juga ia dapat menyebarkan dakwah dengan cara terbaru
ReplyDeleteBetul tu... mudah-mudahan lepas ni ada banyak lagi pertandingan sebegini yang akan PPZ anjurkan. Bolehlah kita pun cuba nasib :))
DeleteVideo yang menang tempat pertama ni memang best. Hadiah dia plak lumayan sangat-sangat.
ReplyDeleteKira layaklah kan... menang dua kategori. Berbaloi sangat-sangat.
Deletehai kakak cantik. eh ada kita terselit lah kita kat situ. hehe. apapun best kan video juara jom kreatif ni. memang sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan oleh ppz. apapun tahniah kepada semua pemenang! :-)
ReplyDeleteHehhehe... memang layak menang kan.. banyak mesej yang tersirat di dalam video ini. Tahniah kepada semua pemenang dan juga PPZ atas usaha tersebut.
DeleteTidak sangka PPZ ada menganjurkan program2 yg sgt bermanfaat yg melibatkan golongan muda. Disamping tu membuat kan hati tersentuh penuh dgn ilmu akhirat. Kkdng walaupun kita istiqamah dlm beribadat ada juga perkara2 wajib yg kita terlps pdng. Apa2pun memang terbaik lah program yg mcm ni sis.
ReplyDeleteCukup terkesan bila kita amati dan fahami apa yang tersirat di sebalik video kemenangan tersebut. Rezeki kita juga akan jadi lebih berkat pabila kita tak lupa untuk mengingatiNya. Video tersebut berjaya menyampaikan mesej berguna kepada kita semua.
DeleteTahniah pada semua pemenang, memang ada antara video tu memang menyentuh hati Kak Sue secara peribadi..
ReplyDeleteSamalah kite Kak Sue... tersirat mesej yang begitu mendalam di sebalik video kemenangan tersebut. Layaklah menang dua kategori terus kan...
Delete