Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017

BARU-BARU INI BERTEMPAT DI WISMA PPZ TELAH BERLANGSUNG SATU MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF 2017.


Pertandingan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan terutama daripada golongan muda. Pusat Pungutan Zakat- MAIWP telah menerima hampir 50 penyertaan sejak ianya dibuka dari 15 Ogos sehingga 30 September lalu.

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Antara terma dan syarat pertandingan, terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

Tema video yang diketengahkan ialah‘Mencari Rezeki Yang Berkat’.Manakala durasi video yang ditetapkan adalah selama tiga minit dan perlu dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar dan bebas menggunakan sebarang perisian bagi tujuan penyuntingan.

Selain itu, montaj video pula hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
-  Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati)
-  Anugerah Video Pilihan Ramai

Sebanyak 13 video telah disenarai pendek oleh panel juri ke peringkat akhir dan video ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’ dihasilkan oleh Muhammad Hanif Bin Ngarisan,26, telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama.

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Beliau bukan sahaja berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2000 bagi tempat pertama. Bahkan turut meraih wang tunai sebanyak RM1000 bagi kategori Anugerah Video Pilihan.

Menurut Muhammad Hanif, beliau sendiri tidak menyangka dengan kemenangan tersebut.
“Syukur allhamdulillah. Rezeki yang tak terduga. Apatah lagi, saya tak pernah ada pengalaman menyertai mana-mana pertandingan sebegini.Dalam tempoh dua minggu, saya dan isteri, Normarina Binti Mohd Yusof berusaha gigih untuk menyiapkannya.”

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017
Berkongsi kejayaan bersama isteri tersayang yang sama-sama turut terlibat dalam pembikinan Video Terbaik 'Mencari Rezeki Yang Berkat' ini.
“Kami berkongsi  idea dan juga pendapat bagi menghasilkan video berteraskan idea dakwah kreatif ini supaya apa yang dipaparkan mampu memberikan impak atau mesej yang mendalam kepada penonton,” beritahunya yang juga merasakan kemenangan tersebut adalah rezeki buat anak mereka yang baru berusia empat bulan itu.

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017

Majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan itu telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, selaku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan juga Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP serta Cik Puan Emi Inani Binti Mohd Arifin, Pemilik Boutique Coudre KL, selaku penaja utama pertandingan tersebut.

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO JOM KREATIF 2017

TEMPAT PERTAMA: RM2,000 – Encik  Muhammad Hanif Bin Ngarisan

TEMPAT KEDUA: RM1,500 – Syahidah Binti Baharudin

TEMPAT KETIGA: RM1,000 – Nurhidayah Binti Atmin

SAGUHATI: WANG TUNAI BERNILAI RM500 TIAP SEORANG

-      Nurmanisya Binti Sharudin
-      Muhammad Adam Bin Ibrahim
-      Muhammad Fairullah Bin Hamran
-      Mohd Amirul Ashraf Bin Abdul Aziz
-      Nik Puteri Nur Anis Binti Noor Azmi
-      Nabeel Fakrul Razy Bin Jufri
-      Anis Asyikin Bin Alias
-      Muhammad Zuhaily Bin Razali

-      Muhammad Norazi Nazreel Bin Mohd Yazid


   ANUGERAH PILIHAN RAMAI: WANG TUNAI BERNILAI RM1,000
Muhammad Hanif Bin Ngarisan –Video beliau telah mendapat 752 Like dan 529 Share.


                    Inilah Video Terbaik 'Mencari Rezeki Yang Berkat', yang dihasilkan oleh Muhammad Hanif sehingga meraih dua kemenangan.



Tahniah kepada semua pemenang. Diharap pertandingan sebegini dapat diteruskan lagi bagi memberikan manfaat  serta menyuntik nilai-nilai positif bukan sahaja untuk masyarakat, malahan di dalam diri kita sendiri.

Sebelum mengakhiri catatan Sis kali ini, bagi yang belum follow, silalah follow  ya:
FB: facebook.com/myzakat
Twitter: twitter.com/ppzwp

YouTube: youtube.com/ppztv


Lurve,
Sis Anie Mohamed
Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017