expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 23 November 2017

SEMARAKKAN MUSIM PERAYAAN DENGAN SET-SET HADIAH EKSKLUSIF GUARDIAN


Set Hadiah Eksklusif  Guardian



BARU-BARU NIE SIS BERKESEMPATAN UNTUK TURUT SAMA MERAIKAN MAJLIS KHAS BERSAMA MEDIA, DI MANA GUARDIAN MALAYSIA TELAH MEMPERKENALKAN SET HADIAH ISTIMEWA NAN EKSKLUSIF UNTUK MUSIM PERAYAAN YANG BAKAL TIBA.


Set-set hadiahnya itu bukan sahaja mampu dimiliki. Bahkan sangat eksklusif, seiring dengan trend global terkini yang memenuhi kehendak pengguna yang mahukan produk berinspirasi. Sis pun terkejut tau, dengan harga yang ditawarkan tu. Sangat-sangat berbaloi untuk dimiliki!

Set Hadiah Eksklusif  Guardian



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen dan pasukan pengurusan kanan beliau, “set-set hadiah eksklusif tersebut  terdiri daripada produk-produk kesihatan dan kecantikan telah dipilih dan dipek dengan teliti bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan kami.”






Paling menarik, kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. “Kami sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ianya menawarkan kualiti pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat berpatutan,” jelas beliau lagi.



Set Hadiah Eksklusif  Guardian

Selain itu, beliau yang baru sahaja mengambil alih tampuk kepimpinan Syarikat bulan April tahun ini turut berkongsi pandangannya tentang falsafah perniagaan Guardian Malaysia: “Perniagaan kami adalah berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. 



Sejak kami bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pengguna. Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang."

Set Hadiah Eksklusif  Guardian
Teruja kan bila tengok koleksi hadiah eksklusif daripada Guardian sempena musim perayaan ini



Produk penjagaan diri dan solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah dan Asia. Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.



Set Hadiah Eksklusif  Guardian

Set Hadiah Eksklusif  Guardian
Ni pun salah satu produk penjagaan diri yang Sis suka... 



Set Hadiah Eksklusif  Guardian
Menarik  kan.... 

Guardian Malaysia, percaya variasi set-set hadiah tersebut mampu memenuhi selera pengguna, sama ada golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated.


Sis pun setuju dengan kenyataan tersebut, sebab Sis turut teruja dengan variasi set-set hadiah tu. Rasa macam nak beli semuanya, terutama peralatan make up! Hahahaa…. Apapun, Sis happy sebab dapat lucky draw yang tak terduga iaitu produk make up sepertimana yang Sis harapkan. Gitew... syukur.. alhamdulillah.



Set Hadiah Eksklusif Guardian
Nilah hadiah lucky draw yang Sis dapat.. 

Set Hadiah Eksklusif Guardian
Tadaaa.... luv it!! TQ #Guardianmalaysia

Oklah.. sekian sahaja catatan Sis kali ini. Jangan lupa bershopping di Guardian dan miliki set-set hadiah eksklusif tersebut. Ok, jumpa lagi.



Hadiah Eksklusif Guardian
# Friends4ever  -  Kalau bukan kerana urusan kerja, memang tak berkesempatan untuk kami bertemu, sibuk memanjang! 


Hadiah Eksklusif Guardian
Senyum sokmo kami ni :)p

Lurve,
Sis Anie Mohamed




2 comments:

  1. wei..nak ler mekap tu..lawa nyeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahaa... boleh.. boleh.. moh ler kite share. Kalau tak nak share, sila beli di guardian. Murah wey...

      Delete