expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 14 December 2017

EVENT: PELANCARAN SKECHERS™ CITY OUTLET DI IPC TERBESAR DI ASIA TENGGARA


 SKECHERS  CITY OUTLE


BARU-BARU INI TELAH BERLANGSUNG DENGAN PENUH KEMERIAHAN MAJLIS PELANCARAN SKECHERS™ CITY OUTLET YANG TERLETAK DI PUSAT BELI-BELAH IPC, MUTIARA DAMANSARA.

 SKECHERS  CITY OUTLET

Sis pun turut diundang untuk meraikannya dan secara tak langsung ia mengingatkan Sis kembali tentang sepasang sepatu berjenama Skechers yang pernah Sis beli suatu waktu dahulu. Zaman muda remaja gitew….
 
 SKECHERS  CITY OUTLET
Dulu Sis pun pencinta setia kasut jenama ni tau. Terpengaruh dengan Britney Spears, yang menjadi Duta Skechers pada ketika itu.
Kebetulan pada ketika itu, Britney Spears menjadi Duta Skechers dan Sis pun memang minat dengan penyanyi tu (ahahhaa….waktu tu lah… kih..kih..), jadi Sis pun terjebaklah untuk membelinya.
 
 SKECHERS  CITY OUTLET
Sis suka kasut ni, tapi sayang tak ada saiz lah dengan kaki Sis.
Tak dinafikan, rasa selesa sangat memakainya dan tahan lama pulak.Sis cari-cari juga mana-mana gambar lama Sis yang sedang bergaya dengan kasut Skechers tu, tapi tak jumpa pula. Maklumlah dah bertahun-tahun lamanya.
 
 SKECHERS  CITY OUTLET
Sis pun suka yang ni, tapi sama jugak tak ada saiz.. :((
Oklah, kita tinggalkan cerita lama Sis tu, la ni Sis nak cerita tentang butik  jenama Skechers yang memiliki keluasan 6,600 kaki persegi. Jangan tak percaya ya, Skechers™ City Outlet akan menjadi butik jenama Skechers™yang terbesar di Asia Tenggara.

 SKECHERS  CITY OUTLET


 SKECHERS  CITY OUTLET

Best tau bila shopping kat sini, sebab Skechers™ City Outlet baharu ini menggabungkan konsep  kedai yang mengetengahkan koleksi fesyen kasut dan pakaian terkini.Antara koleksi kasut yang mendapat sambutan ramai ialah seperti Sport, D’Lites 2, Burst, USA, Bobs, Energy Lights, Twinkle Toes, the GOwalk dan GOrun, serta pakaian untuk bersukan seperti baju, seluar, bra top dan banyak lagi.

Di samping itu, kalau korang nak tahu Skechers™ juga telah berkolaborasi dengan ramai selebriti terkenal seperti bintang hip-hop Korea Zico, kumpulan K-Pop terkenal EXO, pemenang anugerah multi-platinum Meghan Trainor, penyanyi dan penulis lagu Camila Cabello, model dan pelakon Kelly Brook, personaliti televisyen Brooke Burke-Charvet dan lagenda-lagenda sukan seperti Sugar Ray Leonard, Ozzie Smith serta Howie Long.

 SKECHERS  CITY OUTLET

Menurut Vincent Leung, Presiden of Skechers™ Hong Kong dan Asia Tenggara, mereka sangat teruja untuk memperkenalkan butik bersaiz besar ini untuk mengetengahkan stail terkini di samping koleksi yang memberi pilihan luas kepada semua pelanggan Skechers™ di bawah satu bumbung.  

 SKECHERS  CITY OUTLET


Skechers™ City Outlet yang terletak di pusat beli-belah IPC akan mempamerkan kira-kira 500 jenis produk Skechers™.Bahagian dalaman butik  ini dikategorikan mengikut bahagian lelaki, wanita, kanak-kanak serta kategori pakaian bagi memudahkan para pelanggan untuk membeli belah.



So, kalau datang ke IPC tu, jangan lupa singgah ke Skechers™ City Outlet ya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang promosi Skechers korang boleh layari www.skechers.com.my     Selamat bershopping :))

Sekian dulu catatan Sis kali ini. Sampai jumpa lagi. Tataaaa…
 SKECHERS  CITY OUTLET
Muka memasing happy dapat shopping di Skechers™ City Outle


Lurve,
Sis Anie Mohamed