Resepi Ayam Goreng Cili Api


AYAM GORENG CILI API MAMPU MEMBANGIKITKAN SELERA MAKAN KITA. APATAH LAGI APABILA DINIKMATI BERSAMA NASI PANAS.  BAGI KORANG YANG INGIN MEMBUAT AYAM  GORENG CILI API STAIL SIS MASAK NIE, BOLEHLAH CUBA RESEPI INI YA!


Resepi Ayam Goreng Cili Api
Sebenarnya ayam ni ikut suka hati korang nak masak banyak mana. Ikut perut.... heheh... Pandai-pandailah tambah bahan-bahan tu kalau dah masak banyak ok)

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

Setengah ekor ayam, dipotong mengikut saiz yang disukai. (bersihkan)
1 helai daun salam (kalau korang tak ada daun salam ni, abaikan jer ya)
1 batang serai (diketuk-ketuk)
1 cm lengkuas (diketuk-ketuk) (nie pun sama, dah tak ada... nak buat macam mana kan...  kita permudahkan sahajalah, kalau ikut stail Sis. Bubuh apa yang ada... heheheh...)
40ml air (untuk rebusan)


Resepi Ayam Goreng Cili Api
Sebelum goreng nak hiris halus macam ni pun boleh, kalau malas potong empat pun ok... suka hati ye.. mana yang senang.



Resepi Ayam Goreng Cili Api
Sis suka pakai cili yang macam ni, kemudian sis campur dengan cili api jenis kampung punya yang pedas menyengat tu.





Resepi Ayam Goreng Cili Api
Pastikan korang pilih tomato segar tau... barulah enak gitewww


BAHAN UNTUK SAMBAL CILI API – SEMUA INI DIGORENG TERLEBIH DAHULU SEBELUM DIKISAR
3 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1cm halia
2 biji tomato
20 biji cili api (ikut suka nak guna cili api merah ataupun hijau)
1 biji lada besar (merah)
·    sedikit  air masak untuk mengisar.
·    minyak untuk menggoreng dan menumis

Setelah korang siap semua bahan dan yang diperlukan, okay nie Sis ajar cara nak membuatnya.


Resepi Ayam Goreng Cili Api
Beginilah rupanya Ayam Goreng Cili Api tu... kalau nak berkuah, letak air sikit, biar basah-basah. Tapi kalau korang suka kering, biarlah sampai mengering kuahnya. Ikut selera memasing ya.

CARA MEMASAK AYAM GORENG CILI API:

1.Langkah pertama yang korang perlu buat adalah, rebus ayam yang sudah siap dipotong dan dibersihkan tadi bersama daun salam, serai dan lengkuas yang dah diketuk-ketuk tadi.

2. Masak sampai kesemua bahan tadi meresap.Lepas tu, angkat dan toskan.Serdak-serdak tu tak per.. goreng sedap.

3. Lepas tu gorenglah sehingga kekuningan dan angkat. Ketepikan.

4. Setelah settle mengisar ke semua bahan (yang siap digoreng) untuk sambal cili api, angkat dan ketepikan.

5. Korang boleh guna semula minyak gorengan ayam atau minyak  menggoreng untuk bahan-bahan tadi, untuk menumbis kembali sambal cili api tu.

6. Tumis semula bahan-bahan sambal cili api yang sudah dikisar tadi. Masukkan sedikit serbuk secukup rasa, garam dan sedikit kicap manis.

7. Jika terlalu kering, tambahlah sedikit air. Kemudian masukkan potongan ayam yang sudah digoreng tadi.

8. Setelah itu, gaul sehingga semua bahan-bahan tumisan sambal cili api tadi merata dan meresap.

9. Bila dah cukup segala rasanya masin, manis dan pedasnya bolehlah angkat dan sajikan bersama nasi panas.

Okay, selamat mencuba ya Resepi Ayam Goreng Cili Api yang juga menjadi kegemaran Sis seisi keluarga. Andaikata, tak mahu pedas, kurangkan kuantiti cili api tu ya. Takpun, tukar jer pakai cili besar pun boleh, follow jer step tu. Sedap pun sedap juga cuma tak pedas manalah…

Resepi Ayam Goreng Cili Api
Menyelerakan tak? Nanti cuba tau Resepi Ayam Goreng Cili Api nie...  :)

Alrite, sampai ketemu lagi di catatan akan datang. Nanti Sis share lagi apa resepi yang selalu Sis masak kat rumah. Sayang selalu!


Lurve,
Sis Anie Mohamed