The KL Journal Hotel

BERPELUANG BERMALAM DI SEBUAH HOTEL BUTIK BERPRESTIJ SEPERTI THE KL JOURNAL HOTEL SEMEMANGNYA CUKUP BERMAKNA. APATAH LAGI, LOKASINYA STRATEGIK, PUNYA FASILITI YANG LENGKAP SERTA CUKUP SELESA DAN MENENANGKAN. MANA TAK SYOK!!

Pertama kali melangkah ke ruang lobi, hati Sis sudah tertawan. Tertarik sekali dengan konsep hiasan dalam yang diketengahkan. Nampak moden minimalis, serasi sangatlah jiwa Sis dengan konsep sedemikian.Rasa tenang dan santai. Warna-warna yang dipilih untuk mendominasi setiap ruang yang ada juga begitu menyejukkan pandangan mata.
The KL Journal Hotel

Bagi Sis, The KL Journal Hotel sangat istmewa dan  unik. Nak tahu sebab apa? Haaa… hotel ini bukan sahaja ada ruang untuk bersantai, tetapi ada galeri dan juga sebuah hub  ‘business hotel’ yang membolehkan kita memanfaatkan urusan kerja, mesyuarat, seminar dan sebagainya di situ. 

The KL Journal Hotel
Sis busy tu... jangan kacau ok! Hahha... 
Itulah antara daya tarikan istimewa The KL Journal Hotel yang korang patut tahu. Dan sebab itulah, Sis LIKE… LIKE… LIKE … sangat hotel nie.

The KL Journal Hotel
Bagi yang nak beraktiviti sihat kemudah gym turut disediakan.

Di samping itu, hotel ini juga dilengkapi dengan pelbagai macam kemudahan termasuklah gym,perkhidmatan WiFi percuma dan  tempat menjamu selera  sambil bersantai yang selesa - dua tempat. Satu di tingkat atas, berkonsepkan terbuka iaitu The Terrace Bar & Grill dan satu lagi kafenya dikenali sebagai Kedai Kopi Journal.

The KL Journal Hotel


The KL Journal Hotel
Bersarapan pagi di Kedai Kopi Journal sebelum Sis meneruskan misi penjelajahan  bersama #TravelogueMalaysia ke Johor (bahagian Utara) tempohari.
Selain itu, kalau korang nak tahu di setiap bilik yang berjumlah 117 itu, setiap satunya dihiasi dengan koleksi gambar klasik hitam putih, hasil jurugambar jalanan Che Ahmad Azhar.

The KL Journal Hotel

Bilik-biliknya pun ada beberapa kategori, 76 buah bilik untuk  jenis Deluxe King. 32 buah bilik untuk Deluxe Twin , 8 buah bilik Superior Deluxe dan 1 bilik Journal Suites. Harga bilik yang ditawarkan bermula daripada RM360 satu malam, jika korang tempah secara online (lebih murah kot berbanding kalau korang walk in).

APA LAGI YANG BUAT SIS ‘JATUH HATI’?
Selain bilik yang selesa, hub ‘bisness hotel’, Sis suka juga dengan infinity pool -nya yang terletak rooftop (tingkat 10). Syok kot sambil mandi-manda boleh juga menikmati keindahan malam bandar Kuala Lumpur. Rasa best sangat walaupun keluasan kolamnya tak sebesar mana.

The KL Journal Hotel

Lagi satu, apa yang membuatkan Sis ingin kembali datang kat The Journal Hotel ni adalah sebab lokasinya yang strategik terletak di tengah-tengah Kawasan Bukit Bintang. Adalah dalam sekitar 5-10 minit dari pusat membeli-belah Lot 10, Sungei Wang dan Pavillion. Senang sangatlah kalau nak bershopping ataupun jalan-jalan cuci mata!
Kalau rasa malas nak berjalan kaki, naik MRT Bukit Bintang dan Manorail Bukit Bintang pun boleh, sebab ianya pun terletak tidak  jauh dari hotel ini.

The KL Journal Hotel

The KL Journal Hotel


Harap-harap suatu hari nanti, bila nak lepak-lepak kat KL, Sis boleh bawa family menginap kat The KL Journal Hotel ini. Sebenar-benarnya Sis suka jalan-jalan kat sekitar Kawasan Bukit Bintang (malam hari), suka tengok orang busking… hehhe…terhibur kot menikmati muzik jalanan.. kalau dilayan, mahu boleh sampai ke Subuh tak balik-balik. Haha.. haha…


Oklah, bagi korang yang nak sambut tahun baru nanti, masih tercari-cari tempat menginap yang selesa dengan harga yang berpatutan, silalah layari kljournalhotel.com untuk membuat tempahan. Selain tu, boleh baca juga kat SINI 

The KL Journal Hotel
Salah satu 'fav port' Sis kat The KL Journal Hotel

Happy holiday!


Lurve,
Sis Anie Mohamed