expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 15 January 2018

KEMPEN ‘WANG BERSAMA SHOPEE’ TAWAR LEBIH RM1 JUTA HADIAH SEMPENA TAHUN BARU CINA

‘Fortune Ang Pao’ Shopee

WOW! HARI INI SEGALANYA SUDAH BERMULA. ADA BERITA BAIK BUAT KORANG YANG SUKA MEMBELI BELAH DI SHOPEE,PLATFORM E-DAGANG TERKEMUKA DI ASIA TENGGARA DAN TAIWAN. HARI INI MEREKA MENGUMUMKAN KEMPEN ‘WANG BERSAMA SHOPEE’ SEMPENA TAHUN BARU CINA INI DENGAN PELBAGAI HADIAH BERJUMLAH LEBIH DARIPADA RM1 JUTA UNTUK PARA PELANGGANNYA.





‘Fortune Ang Pao’ Shopee


Bonanza membeli-belah ini berlangsung selama 6 minggu,pada hari ini 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari nanti.Salah satu aktiviti menarik yang merupakan sebahagian daripada kempen tersebut,Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian.


‘Fortune Ang Pao’ Shopee

WOW, BANYAKNYA HADIAH MENARIK!
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sertai permainan ini bagi memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit. Bukan itu sahaja, kita juga boleh memenangi Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Perghhhh!! Best kan….


‘Fortune Ang Pao’ Shopee

Di samping itu, ada banyak lagi hadiah lain. Antaranya termasuk bank kuasa, aksesori komputer dan perkakas
Rumah. Lagi satu, korang pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Semua tu ada dank orang juga  berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018).

Semakin ramai korang (pengguna) mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.

‘Fortune Ang Pao’ Shopee

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, perayaan Tahun Baharu Cina adalah antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

“Jadi, sempena perayaan gemilang ini Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan dan Kecantikan, Perhiasan  dan Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit,Permainan, Kanak-kanak dan Bayi, Telefon Bimbit  dan peralatan Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” jelas beliau.

Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee menjalinkan kerjasama baik dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.

Di samping itu juga, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap bagi melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.

‘Fortune Ang Pao’ Shopee


Menurut YBhg. Dato’ Joey Yap, beliau berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi nya itu di Shopee pada Tahun Baru Cina ini. Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

‘Fortune Ang Pao’ Shopee

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’, KLIK SINI
Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, KLIK SINI

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Jangan lupa tau 

#WangWithShopee

Okaylah, selamat bershopping ya. Semoga ada rezeki kita untuk memenang hadiah-hadiah menarik tu. Insya-Allah. 

Lurve,
Sis Anie Mohamed