expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 8 January 2018

PELANCARAN PRODUK TERBARU STEA ‘GEMPAK’!



MEMANG MENJADI IMPIAN SETIAP WANITA UNTUK MEMILIKI WAJAH CANTIK SEMULAJADI, BERBADAN SIHAT DAN LANGSING. KINI SEGALANYA MENJADI LEBIH MUDAH DENGAN ADANYA PRODUK STEA! 




Baru-baru nie Sis telah menghadiri satu majlis Pelancaran Produk STEA iaitu produk berasaskan teh hijau iaitu minuman teh, serum dan sabun pencuci muka. Majlis yang diraikan dengan penuh kemeriahan telah berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam pada 6 Januari, 2018 lalu.



Selain dihadiri oleh Puan Mastura Mohd Shah, Pengasas Jenama STEA, tetamu VIP, rakan-rakan media dan blogger, Amylea Azizan (AF3) yang merupakan pengguna produk STEA (teh hijau) turut diundang sebagai artis jemputan pada hari itu.



Majlis pelancaran tersebut menjadi semakin meriah dengan adanya Amiro Faizal Azali, pengacara majlis yang cukup menghiburkan,  slot kuiz dan juga cabutan nombor bertuah. Rata-rata yang hadir berasa cukup seronok dan terhibur. Yeay! Tak sangka jugalah apabila nombor bertuah sis “12” tu terpilih dalam cabutan nombor bertuah terakhir. Apalagi, tersengih sampai ke telingalah Sis, hahhaa… Alhamdulillah.



Oklah, kita sambung semula cerita tentang produk-produk keluaran STEA ni. Kalau nak kenal lebih jauh, lebih rapat dengan ownernya, baca kat SINI tau. Ada cerita menarik yang Puan Mastura kongsikan untuk korang semua. Sangat menyentuh rasa dan Sis sendiri pun amat termotivasi dengan kecekalan serta kegigihannya untuk mengubah nasib hidupnya ke arah yang lebih cemerlang. Baca tau…


APA YANG BEST TENTANG PRODUK TEH HIJAU STEA NI?

Kalau tanya Sis, kenapa Sis tertarik dan mula jatuh cinta dengan produk Stea, jawapannya tentulah sebab ia bebas daripada bahan-bahan terlarang dan halal serta mampu membuatkan kita menjadi lebih sihat, langsing dan cantik secara semulajadi!



Lagipun, kalau korang nak tahu Sis ni memang penggemar green tea dan juga chinese tea. Kebaikan teh hijau ada banyak, bukan setakat membantu kita menurunkan berat badan dengan cepat dan semulajadi.Pengambilan teh hijau STEA ni juga dapat meningkatkan metabolisme tubuh dan akan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.



Jadi, secara tak langsung bila kita minum teh hijau STEA ni akan membantu melangsingkan dan menurunkan berat badan kita. Lagipun dalam setiap uncang teh hijau asli STEA juga terdapat serbuk teh hijau yang disebut ‘matcha’. Matcha telah diketahui tentang kebaikan dan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.


MACAM MANA PULA DENGAN STEA BEAUTY? 

Memandangkan khasiat teh hijau ni ada banyak, jadi ianya juga berguna untuk kecantikan wajah. Antara kebaikannya apabila kita mengunakan STEA Beauty yang terdiri daripada serum dan sabun kecantikan ini adalah mengecutkan jerawat dengan cepat, memudarkan jeragat serta parut jerawat, mengecilkan pori-pori, menghilangkan kulit kusam dan kasar.



Jadi, kalau korang nak kulit wajah yang cantik, sihat dan berseri sepanjang hari cubalah pakai STEA Beauty nie ya.

BERAPA HARGA? 

Produk ini dijual pada harga RM 60 sekotak dan mengandungi 28 keping sachet di dalamnya.



Selain itu, para hadiran juga turut diperkenalkan dengan  dua produk kecantikan iaitu serum dan sabun yang menawarkan harga kombo untuk keduanya sebanyak RM89 satu set.



BELI KAT MANA? 

Dijual secara online di www.steabeauty.com.my
FB: STEA Malaysia HQ
Instagram: stea_malaysia_hq 

ATAU

 👉 KLIK SINI

Okay, selamat mencuba. Insya-Allah dengan adanya produk STEA ini, korang yang mengalami masalah berat badan mahupun kulit muka akan dapat menikmati pelbagai manfaat dan juga kelebihan keberkesanannya. Jumpa lagi di catatan yang akan datang. Nak kurus dan cantik secara sihat, pilihlah STEA! Korang pasti tak menyesal.

Lurve,
Sis Anie Mohamed