expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 14 February 2018

WAH,SEMPENA RAYA TAHUN BARU CINA CARIAN DALAM TALIAN DI PLATFORM SHOPEE TERUS MELONJAK SEBANYAK 32%

Carian Dalam Talian Shopee

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA.DAH KENAL, MAKIN ASYIK BERCINTANYA! HAHHAHA… RUPANYA BELI KAT SHOPEE NIE LEBIH SENANG BERBANDING PLATFORM ONLINE LAIN. DAH TU HARGANYA JAUH LEBIH MURAH DAN JIMAT!

Setiap kali berbelanja di Shopee, Sis tak pernah tak teruja. Hihii..hii…mana taknya, banyak sangat barang yang Sis berkenan. Itu nak beli… ini nak beli. Haishhh… kalau tak tahan nafsu memborong nie, mahu lebih banyak RM terbang melayang-layang nie. Sis yakin, ada di antara korang pun yang punya rasa teruja dan terjebak macam Sis jugak, kan…

Kat sini Sis nak story sikit tentang kejayaan Shoppe; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan  yang telah berjaya menghasilkan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee bersempena Perayaan Tahun Baru Cina.Tambahan pula sejak dorang melancarkan ‘Kempen Wang Bersama Shopee’ pada 15 Januari  lalu.

Mana taknya potongan harga yang diberikan memang ‘kaw-kaw’ sampai  90% . Dah tu turut disediakan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk dimenangi. So, makin bersemangatlah kita semua untuk membeli belah di Shopee.

Carian Dalam Talian Shopee

Jadi, tidak harianlah lonjakan hebat telah berlaku dalam bilangan carian dalam talian di Shopee, yang mana telah menunjukkan peningkatan trend pengguna untuk membeli belah secara online. Ini merupaka petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia.

Kita semua dapat berbelanja dengan mudah, waktu yang lebih fleksibel, barangan yang lebih bervariasi dan mendapat harga yang jauh lebih rendah di Shopee.

Carian Dalam Talian Shopee

Kalau korang nak tahu, carian paling popular sempena Tahun Baru Cina (2018) adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita; Mobil dan Gajet; Permainan, Kanak-kanak dan Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. Manakala kategori produk paling popular terjual pula adalah Kasut Wanita Kasut Terbuka!

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, korang semua berpeluang untuk menikmati potongan harga dan promosi hebat ‘Kempen Wang Bersama Shopee’ yang masih berlangsung sehingga 25 Februari nie. Best sangat tau sebab terdapat banyak pilihahm lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia. Di samping itu, korang juga  boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Carian Dalam Talian Shopee

Dan yang terbaru, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari ini. Pergh…  yang pelbagai tawaran hebat daripada pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. Whoa! Menarik sangat kan!

So, jangan lupa  muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. Lepas dah bershopping nanti, jangan lupa hastag
#WangWithShopee tau.

Ok, selamat membeli belah di Shopee!

Jumpa lagi. Tataaaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed