Resepi Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon

OAT MERUPAKAN SALAH SATU BAHAN MAKANAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN. CUKUP KAYA DENGAN SERAT YANG BAGUS UNTUK SISTEM PENGHADAMAN KITA. LEPAS TU PULAK, KANDUNGANNYA RENDAH LEMAK DAN KALORI. MEMANG ELOKLAH UNTUK KITA-KITA YANG MAHU MENURUNKAN BERAT BADAN!



Resepi Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon

Korang memang perlu cuba Resepi Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon yang dibawakan oleh Quaker Oats. Kata nak sihat, kan.... Banyak khasiat dan manfaatnya bila kita menikmati menu sihat sebegini. Selain berupaya menurunkan berat badan, oat juga mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan jantung.

RESEPI IKAN OAT GORENG DENGAN SOS LEMON

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
    5 sudu besar Quaker Instant Oatmeal
    4 sudu besar tepung gandum
    300g filet ikan, dibasuh dan dipotong menjadi kepingan kecil
    2 putih telur, dipukul sehingga gebu
    ½ sudu teh garam
    ½ sudu teh lada putih
    1 sudu besar minyak masak

Resepi Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon

Sos Lemon:
    5 sudu besar jus lemon
    12 sudu besar air
    2 sudu teh gula
    2 sudu teh tepung jagung
    1 sudu teh kulit lemon yang dihiris nipis


CARA MEMASAK:
1.        Campurkan oat, tepung gandum, garam dan lada.

2.        Masukkan ikan dalam telur terlebih dahulu dan kemudian dalam campuran oat.

3.        Apabila semua kepingan ikan disalut dengan campuran oat, goreng kepingan-kepingan dalam kuali.

4.        Tutup kuali dan masak dengan api yang kecil sehingga kedua-dua belah kepingan ikan menjadi perang keemasan dan garing.

5.     Hidangkan kepingan ikan dengan sos lemon.

Sos Lemon:

1. Rebus jus lemon, air dan gula. Masukkan tepung jagung, kacau sehingga campuran menjadi pekat.

2.  Tambah kulit lemon dan masak selama 1 minit.

3.  Hahaa… dah siap dan bolehlah dihidangkan dalam mangkuk kecil.

Itulah Resepi Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon yang dibawakan oleh Quaker Oats. Nak dapat resepi AYAM DAN CENDAWAN DENGAN NASI & OAT, KLIK SINI

Resepi Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon

Selamat mencuba Resepi Tahun Baru Cina yang cukup enak dan sihat ini.Sampai ketemu lagi di catatan akan datang. Tataaaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed.