expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 17 March 2018

EVENT: ENERGIZER® SHOP IN THE DARK 2018 KEMBALI LAGI


Energizer® Shop In The Dark

KORANG TAHU TAK PASAL ENERGIZER® SHOP IN THE DARK 2018? BAGI YANG BELUM TAHU, BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS. ANDA MUNGKIN BERPELUANG MENJADI SALAH SEORANG PESERTA YANG BAKAL MEMENANGI HADIAH BELI-BELAH BERNILAI RM12,000! SIAPA TAHU, KAN?

Energizer® Shop In The Dark

Energizer® merupakan salah satu daripada pengeluar bateri utama terbesar dan pembuat bateri paling tahan lama di dunia.Baru-baru nie Sis berkesempatan untuk turut memeriahkan lagi majlis pelancaranEnergizer® Shop In The Dark 2018, yang berlangsung di Pusat Membeli Belah One Utama. Kali ini mereka kembali dengan pertandingan untuk tahun yang ketiga.


Energizer® Shop In The Dark

JOM, REBUT HADIAH LUMAYAN!
Menurut Aaron Abner Ang, Pengurus Besar Kanan - Malaysia, Singapore & Indonesia, Energizer® Holdings Inc, memandangkan maklum balas yang diterima cukup memberangsangkan daripada orang ramai menerusi kempen Energizer® Shop In The Dark yang telah dianjurkan sejak dua tahun lalu,  membangkitkan semangat mereka untuk mengadakannya lagi.

“Kali ini kami menawarkan ganjaran yang lebih lumayan serta memperkenalkan lebih banyak cara supaya orang ramai dapat menyertai pertandingan pada tahun ini.Untuk memudahkannya lagi, kami adakan siri jelajah dan cabaran Realiti Maya di lebih 60 lokasi di tujuh bandar sekitar Malaysia – termasuk Sabah dan Sarawak buat pertama kalinya,”jelas beliau panjang lebar.


Energizer® Shop In The Dark

MACAM MANA NAK JOINT?
Penyertaan Energizer® Shop In The Dark tahun ini telah dibuka sejak 14 Mac lalu dan akan tamat pada 31 Mei 2018.

Penyertaan boleh dilakukan mulai 14 Mac dengan menyertai cabaran Realiti Maya di lokasi siri jelajah; atau mulai 15 Mac dengan menghantar borang kemasukan secara online atau pos, atau bermain permainan di www.sitd2018.com.my.


Korang boleh menyertai pertandingan ini menerusi salah satu atau kesemua tiga-tiga cara, menjadikannya lebih mudah untuk orang awam daripada negeri luar lokasi siri jelajah untuk menyertainya. Setiap penyertaan menerusi cabaran Realiti Maya dan borang penyertaan perlu menyertakan resit pembelian berjumlah RM15 dan keatas bagi produk Energizer® atau Eveready.


Energizer® Shop In The Dark


Sejumlah sepuluh (10) finalis akan dipilih – enam (6) daripada cabaran Realiti Maya, tiga (3) daripada penyertaan borang pertandingan dan satu (1) daripada penyertaan permainan dalam talian. Kesemua sepuluh (10) finalis akan menyertai pertandingan akhir di mana peserta akan diberi masa 10 minit untuk membeli-belah bernilai sehingga RM12,000 bagi setiap finalis.

Korang boleh layari microsite khas Energizer® Shop In The Dark 2018 iaitu www.sitd2018.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan senarai penuh lokasi siri jelajah serta cara penyertaan dan peraturan pertandingan tersebut. Di samping itu jenguk juga FB https://www.facebook.com/EnergizerMY/



Okaylah, sama-sama kita cuba nasib dan uji kehebatan kita untuk menempuh cabaran Energizer® Shop In The Dark 2018. Siapa tak nak menang woooo… shopping sakan Sis kalau menang RM 12,000 tu! Hahhaha…


Tataaaa…
Lurve,

Sis Anie Mohamed

No comments:

Post a Comment