expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 8 March 2018

EVENT: KEMPEN HITACHI ‘UPGRADE FOR LIFE’ TAMPIL LIMA PRODUK BARU SERBA CANGGIH


 Kempen Hitachi Upgrade For Life

WOW! SUDAH 100 TAHUN PENGELUAR  PRODUK ELEKTRONIK, HITACHI INI BERADA DI PASARAN. JELAS MEMBUKTIKAN  KEPERCAYAAN PARA PENGGUNA TERHADAP JENAMA INI TIDAK BERBELAH-BAHAGI!


 Kempen Hitachi Upgrade For Life

Dalam kempen baharunya yang bertemakan ‘Upgrade For Life’ mendorong para penggunanya untuk meningkatkan kehidupan. Teknologi canggih yang digunakan untuk produk barunya ini memberikan kesenangan dan meningkatkan kualiti hidup pengguna di Malaysia.

Siapa yang tak nak kan, peralatan rumah yang lebih tahan lama dan serba canggih. Sekurang-kurangnya dapatlah juga membantu kita para suri rumah meringankan dan mempercepatkan kerja-kerja di rumah.

 Kempen Hitachi Upgrade For Life

Sis pun bukanlah pengguna tegar untuk produk Hitachi nie, tapi setelah mengenalinya menerusi Kempen ‘Upgrade For Life’, Sis mula tertarik dan jatuh hati. Mana taknya, kesemua produk yang dipamerkan pada hari tu diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi teknologi terkini. Kagum Sis dibuatnya. Hahaha…

5 PRODUK GAYA HIDUP, HITACHI SERBA CANGGIH!


 Kempen Hitachi Upgrade For Life

PETI SEJUK
‘Big French Glass’ Hitachi yang baru ini dilengkapi ciri-ciri yang dipertingkatkan serta keupayaan penjimatan tenanaga yang luar biasa.



 Kempen Hitachi Upgrade For Life


MESIN BASUH
Mesin basuh, ‘Ultra-Stream’, yang baru boleh mencuci sehingga 24kg cucian termasuk kain tebal, seperti selimut, langsir dan sarung sofa.




 Kempen Hitachi Upgrade For Life


PENYAMAN UDARA
Hitachi ‘Premium Inverter Scene Camera’ pula bijak melihat lokasi sekeliling dan tahap aktiviti mereka serta mampu membersihkan dirinya daripada debu.





 Kempen Hitachi Upgrade For Life

PEMBERSIH HAMPAGAS
Pembersih hampagas atau vakum ‘Multiple Nozzle Cyclone’ ini pula dapat menyedut lebih banyak habuk di kawasan paling tersembunyi serta mempunyai  penapis titanium nano canggih dan penapis HEPA (H13) untuk kesan anti-bakteria.



 Kempen Hitachi Upgrade For Life

PERIUK NASI PEMANAS INDUKSI (IH)
Periuk nasi Pemanas Induksi (IH) dengan inverter Hitachi menggunakan teknologi pemanas yang termaju dari Jepun untuk menghasilkan daya magnet yang menjana haba dalam periuk itu sendiri bagi menghasilkan nasi yang sedap dan gebu dengan tekstur yang sepatutnya. Mempunyai 15 mod memasak termasuk mengukus dengan paparan mudah dan mod resepi automati membolehkan kita memilih daripada 40 resepi masakan Thai, Vietnam, Melayu-Cina dan Jepun.

Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah layari www.hitachiconsumer.com.my

So, macam mana ada yang berkenan di hati, tak? Kalau tanya Sis, nak yang mana… Sis pilih ‘Big French Glass’ Hitachi dan Mesin basuh, ‘Ultra-Stream’. Dua nie produk Hitachi nie memang sesuai untuk meningkatkan kualiti hidup Sis untuk lebih cepat dan sempurna! Gitewww lah… orang anak ramai hahha hahhaa…. Produk yang besar, lebih muatan, berkualiti, tahan lama dan serba canggih tentulah jadi pilihan! Harganya?Eheeemmm… paham-paham sendiri kih kih kih….


 Kempen Hitachi Upgrade For Life


Okaylah, sampai jumpa lagi di catatan akan datang.  Tataaaa…

Lurve,

Sis Anie Mohamed