expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 15 March 2018

EVENT: PENCARIAN BAKAT “BE A STAR” DI KIDZANIA KUALA LUMPUR


Be a Star at KidZania

SETIAP KANAK-KANAK MEMPUNYAI KELEBIHAN TERSENDIRI DAN HARUS DIBERI PELUANG UNTUK MENONJOLKAN HAK DAN BAKAT MASING-MASING. MENYEDARI HAKIKAT TERSEBUT MULAI 17 MAC LALU SEHINGGA 8 APRIL 2018,  TELAH BERLANGSUNG ACARA ‘BE A STAR AT KIDZANIA KUALA LUMPUR’. BERTUJUAN MERAIKAN HAK KANAK-KANAK MENERUSI MUZIK, LAKONAN, PERAGAAN DAN JUGA PENGGUNAAN TEKNOLOGI.



Be a Star at KidZania

Zaman kanak-kanak adalah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang untuk menjadi diri sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing.Sebagai orang tua kita wajar melihat bakat anak-anak serta membimbing mereka pada potensi yang sememang dimilikinya.

Anak-anak kita pasti akan mempunya daya keyakinan yang tinggi apabila mengetahui kita sebagai orang tua cukup mendorong serta memberi semangat kepada mereka untuk meraih prestasi yang bagus dan mengasah bakat yang dimiliki.

Hak-hak kanak-kanak disokong sepenuhnya oleh para RightZKeepers dari KidZania Kuala Lumpur iaitu:

* URBANO (Hak untuk Belajar)

 * BEEBOP (Hak untuk Mencipta)

 * CHIKA (Hak untuk Berkongsi)

 * VITA (Hak untuk Beramal)

 * BACHE (Hak untuk Bermain)

Be a Star at KidZania
Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur
Menurut Shahrul Nizar Ahmad, Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, seni pentas adalah cara terbaik untuk mengetengahkan hak kanak-kanak. Menerusi program ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’,mereka berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang hak kanak-kanak melalui pendekatan-pendekatan menarik yang membolehkan anak-anak mencipta, bermain, menambah pengetahuan, membuat kebajikan dan berkongsi!

Be A Star at  Kidzania

“Selain itu, seni juga adalah cara terbaik untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Kami percaya kemahiran-kemahiran ini akan banyak membantu mereka dewasa kelak. Ini bertepatan dengan falsafah kami untuk ‘Learn Life Today’,” jelas beliau lagi.

Antara Aktiviti-Aktiviti ‘Be A Star at KidZania Kuala Lumpur’:
    Hak untuk Belajar dan Mencipta: 
Sesi Pengajaran The YouTuber akan mengajar mereka cara untuk menghasilkan video YouTube, penggunaan media sosial, pengendalian kamera, pencahayaan yang betul, dan penghasilan isi kandungan menarik tentang hak-hak kanak-kanak.

    Hak untuk Beramal dan Berkongsi: Bengkel Lakonan & Uji Bakat akan memberikan mereka peluang untuk merasai pengalaman sebenar Beramal dan Berkongsi melalui kerja-kerja kebajikan seperti melindungi alam sekitar, haiwan atau kerja-kerja amal lain.

    Hak untuk Bermain dan Mencipta: Aktiviti lain yang mempromosi hak-hak ini termasuklah Kelas Alat Instrumen, Peragaan dan Sesi Penggambaran Jenama, dan Kelas DJ.

Be A Star at Kidzania

LIGHTS, CAMERA, ACTION!
Setelah mempelajari pelbagai kemahiran baharu, kanak-kanak boleh menyertai  Pertandingan Pencarian Bakat ‘Be a Star’. 

CARA UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN PENCARIAN BAKAT “BE A STAR”
Mereka hanya perlu menghantar video persembahan mereka melalui emel ke contact@kidzania.com.my atau sertai uji bakat terbuka di ruang acara KidZania Kuala Lumpur di antara 17 hingga 31 Mac 2018!

Dua puluh peserta akhir akan bertanding dalam Pusingan Akhir pada 7 April 2018 di hadapan para juri dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai, tiket dan banyak lagi!

‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur’ dengan bangganya disokong oleh Canon, Fly FM, Hot FM, Petit Moi, U Mobile, Zana Entertainment, dan MYBeat Drum CirclesBe A Star At Kidzania

Be A Star At Kidzania


 Sekian sahaja catatan Sis kali ini. Korang yang punya anak-anak berbakat besar, jangan lepaskan peluang yang ada. Join jer ‘Be a Star at KidZania Kuala Lumpur ini.  


Tataaa…
 Be a Star at KidZania
Sesekali bertemu kawan-kawan blogger yang hebat mmg best.

Lurve,
Sis Anie Mohamed

No comments:

Post a Comment