expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 15 April 2018

EVENT: TAMPIL ANGGUN DAN SELESA DENGAN KOLEKSI RAYA 2018 BAHARI ASYEK, “PESONA WARISAN”


Preview Syawal Bahari Asyek

SETIAP TAHUN, KOLEKSI RAYA DARIPADA BAHARI ASYEK INI TETAP PUNYA DAYA TARIKAN YANG TERSENDIRI. MASIH MENGEKALKAN KONSEP MENJUNJUNG WARISAN TRADISI LAMA, PUAN ZAHALINA, SELAKU PENGARUH URUSAN BAHARI ASYEK TETAP CUBA MEMBAWA KELAINAN DALAM SENTUHAN KOLEKSI SYAWAL KALI INI YANG BERTEMAKAN ‘PESONA WARISAN’.




Menerusi Syawal Preview yang berlangsung di Aras 1, Plaza Shah Alam baru-baru ini, Bahari Asyek menampilkan 14 daripada 35 rekaan baru buat pengikut setianya dan juga pelanggan. Pelbagai corak, potongan, warna dan sulaman sedia dipilih daripada fabrik eksklusif butik Bahari Asyek.

14 rekaan baru yang dipertontonkan pada hari itu ialah Kurung Pahang, Kurung Kedah Sunti, Kurung Kedah Seri, Kurung Kedah Suri, Kurung Riau Asli, Kurung Kuno, Kurung Archipelago, Kurung Jentayu, Kurung Moden, Kebaya Pendek, Kebaya 4 Dara, Kebaya Pahang, Kebaya Cik Siti Wan Kembang dan Kebaya Klasik. Semuanya cantik-cantik belaka, dan Sis sendiri dah rambang mata untuk membuat pilihan.

Preview Syawal Bahari Asyek



Preview Syawal Bahari Asyek


Preview Syawal Bahari Asyek


APA YANG BUAT KOLEKSI BAHARI ASYEK CUKUP ISTIMEWA BERBEZA DENGAN BUTIK LAIN
Bagi yang sememangnya dah biasa dengan koleksi Bahari Asyek, pasti tahu betapa istimewanya sentuhan yang diberikan oleh butik ini.

Kalau korang nak tahu, ke semua reka cipta busana dihasilkan oleh pemiliknya.Bahkan kebanyakan fabrik yang dipilih ditempat mengikut warna, corak dan rekaan Bahari Asyek sendiri berdasarkan citarasanya. Inilah yang membuatkan koleksi Bahari Asyek eksklusif, unik dan tersendiri serta lain dari apa yang telah ada di pasaran.



Preview Syawal Bahari Asyek


Preview Syawal Bahari Asyek

Preview Syawal Bahari Asyek


INSPIRASI FESYEN BAJU RAYA 2018
Bagi korang yang memang suka dengan sentuhan ringkas yang bercirikan tradisional ataupun yang mahukan kelainan untuk Aidilfitri kali ini, jangan teragak-agak untuk mendapatkan koleksi Syawal daripada Bahari Asyek. Nak warna terang (colorblocking), warna pastel bercorak atau tidak bercorak, semuanya ada.

 
Bahari Asyek Preview Syawal 2018
Inilah 'orang kuat' Butik Bahari Asyek

Sis memang berkenaan dengan koleksi Syawal yang dibawakna oleh Bahari Asyek ini sebab ianya masih mengekalkan ciri kesopanan dan ketimuran masyarakat Melayu.Walaupun terdapat banyak lambakan rekaan di pasaran hari ini, namun bagi Sis sentuhan klasik ini masih malar segar.Jadi, sebab itulah butik Bahari Asyek ini masih kukuh berdiri walaupun 10 tahun sudah berlalu! Tahniah buat pemilik Bahari Asyek, semoga terus gah berdiri memperjuangkan pakaian warisan tradisi Melayu!


Opsss... korang yang masih tercari-cari baju raya tu, bolehlah jenguk-jenguk, singgah-singah ke butik Bahari Asyek. Kalau ada yang berkenan, cepat-cepat sambar ok.  Happy shopping raya ya korang. Sampai jumpa lagi. Tata...

Lurve,
Sis Anie Mohamed