Resepi Ayam Percik Kelantan

Wow, aroma Ayam Percik Versi Negeri Kelantan ini cukup menggoda selera. Mana taknya, peha ayam yang diperap sebati dengan rempah ratus dan kemudiannya dipanggang menghasilkan bau dan rasa yang begitu menyelerakan!


Resepi Ayam Brand™ yang cepat, senang dan enak ini sememangnya wajib korang cuba. Kalau bulan puasa nie, Sis memang suka masak Ayam Percik, segala versi Sis cuba buat. Sedap sangat! Hahaha….

RESEPI AYAM PERCIK

Bahan-bahan yang diperlukan:
Resepi Ayam Percik Kelantan


200ml Santan Ayam Brand

1kg peha ayam

5 batang serai, bahagian putih sahaja, dicincang
Resepi Ayam Percik Kelantan


80g bawang merah, dicincang

4 ulas bawang putih

3 sudu teh serbuk kunyit

20g halia, dikupas dan dicincang

4 cili merah
Resepi Ayam Percik Kelantan





3 sudu besar minyak kelapa

1/2 sudu besar garam

1.5 sudu besar gula

1 sudu teh sos ikan

Resepi Ayam Percik Kelantan

Cara Memasak:
1. Kisar serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili, minyak kelapa, serbuk kunyit, garam, gula dan sos ikan sebagai bahan perap.

2. Sapukan bahan perap pada peha ayam

( nak perap lama pun boleh, terpulang. Bagi Sis, lagi lama lagi sedap!)

3. Bakar ayam tadi dalam ketuhar yang dipanaskan ke 180c. Setiap 10 minit, terbalikkan ayam dan sapu lebih bahan perap tersebut. Bakar selama 40 saat atau sehingga peha ayam masak sepenuhnya.

Okaylah selamat mencuba Resepi Ayam Percik Ayam Brand™ versi negeri Kelantan yang mudah dan sedap ini. Korang tak akan menyesal! Sekali buat, pasti nak masak lagi nanti. Hehehe... (macam Sis lah.. hahah..)



Sekian dulu, perkongsian resepi hari ini. Jumpa lagi. Tataaaa…

Lurve,
Sis Anie Mohamed

Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Berempah