Rasa teringin nak buat sendiri tauhu bergedil? Memang senang dan sedap sangat, dan korang boleh cuba resepi ini. Confirm jadi dan sedap!

Jom kita jenguk apa bahan-bahan yang diperlukan untuk menggayakannya supaya enak dimakan begitu sahaja. Hahhaa…

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:




Daging/ayam kisar atau cincang halus (tapi Sis pakai daging burger jenama Ramly tu jer. Nak senang dan cepat kan… rebus atau goreng-ikut suka hati koranglah tapi Sis suka goreng hihihi)

4 biji kentang

2 biji bawang besar-dipotong dadu

1 biji bawang putih –dihiris halus

2 biji telur

· sedikit tepung jagung

· sedikit bawang goreng

· sedikit daun ketumbar atau daun sup

· sedikit serbuk lada sulah

· sedikit garam

· sedikit secubit rasa Maggi

· sedikit cili padi (dipotong halus –kalau suka pedaslah)




Cara Membuatnya:

1. Rebus kentang dan kemudian lenyek dan gaul dengan garam


2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga berbau harum


3. Kemudian masukkan daging/ayam kisar (sudah direbus atau digoreng)








4. Campurkan daging kisar yang sudah direbus (ditoskan), kentang lenyek, garam, secubit rasa Maggi,serbuk lada sulah, bawang goreng dan juga daun ketumbar serta cili padi. Gaul sebati ke semua bahan untuk dijadikan intinya.Kalau korang rasa kurang masin ke apa, taburlah lagi serbuk Maggi cukup rasa tu.

5. Potong bahagian tepi tauhu, kemudian barulah sumbat intinya.

6. Setelah itu, simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum digoreng.





7. Sementara itu, pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan sedikit tepung jagung. Pukul seketika.

8. Sebelum digoreng, celuplah tauhu bergedil tadi dengan bancuhan telur yang sudah siap dipukul tadi.

9. Goreng dalam minyak panas yang banyak sehingga keperangan.

Okay, dah siap pun … selamat mencuba Resepi Tauhu Bergedil. Kalau sedap, rajin-rajinlah buat lagi ya.


Sekian dulu. Tataaa….

Lurve,
Sis Anie Mohamed


Foto: Sumber Internet