FAMA

Sekarang nie semakin ramai yang berbisnes dari rumah. Tak kira, buat part time ataupun full time. Ada tu memang betul-betul minat berniaga. Tak kurang juga terpaksa melakukannya disebabkan desakan ekonomi yang cukup menekankan. Gaji yang sedia ada dikatakan tidak cukup untuk menampung kehidupan yang serba-serbi masih mahal!




Baru-baru ini Sis berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Perkasakan Produk Home Best Dari Rumah Ke Persada Industri yang dirasmikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Antarabangsa, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Nazipah Jamaluddin anjuran Lisa Maju Global Services dengan kerjasama FAMA.

Sis dapat lihat kesungguhan dan semangat para usahawan industri kecil sederhana(IKS), khususnya industri mikcro yang beroperasi dari rumah ini untuk memantapkan lagi bisnes mereka.



FAMA SEDIA BANTU USAHAWAN IKS
Ternyata program Memperkasakan Produk Home Best, Dari Rumah ke Industri ini memberikan manafaat kepada usahawan makanan IKS untuk mempromosi produk yang dihasilkan ke pasaran dengan bantuan FAMA.

Andaikata, korang memang serius dalam bisnes nie dan rasa kurang yakin, kurang menyerlah, kurang serba-serbinya lah tapi bersemangat tinggi untuk berjaya dalam bisnes yang korang buat tu, eloklah dapatkan bantuan dan nasihat FAMA.

Agensi kerajaan ini bukan sahaja akan memastikan korang terus berdaya saing dan menyediakan kemahiran atau latihan jika korang tidak mempunyai pengalaman bab-bab nak keluarkan produk.Bahkan turut membantu dari segi kewangan ataupun modal, maksimum RM15,000 bagi usahawan mikro.

Yang bestnya, FAMA turut membantu para usahawan IKS, dari segi promosi dan pemasaran serta khidmat nasihat, pembungkusan, peralatan dan pelabelan.Kira ok sangatlah kan….
Masa event Memperkasakan Produk Home Best, Dari Rumah ke Industri, Sis sempatlah berbual-bual dengan beberapa usahawan keluaran FAMA yang terpilih.

Mereka nie merupakan antara usahawan yang aktif dan telah mendapat sokongan penuh daripada FAMA dan secara tak langsung, ianya dapat melonjakkan lagi jualan produk-produk mereka di pasaran.

Nilah tokey Perencah Inni, Ungku Mohd Zubir Mohd Arif.
Perencah Serba Guna dan Perencah Bakar dan Panggang yang dihasilkan memang ada 'umphh'. Korang kena rasa sendiri.

Korang kena cuba rasa sambal hitam ikan talang keluaran Minioinliciouse Enterprise, Siti Aminah Shamsudin 
Perggh! Memang sedap nak mampus... pedas menyengat. Nanti Sis nak try plak sambal hitam Ikan bilisnya pulak. 
Maruku Murni Homemade, hasil usaha Che Widya Che Razak
Bila Sis rasa Maruku Murni Homemade, hasil usaha Che Widya Che Razak nie, teringat rasa kuih maruku yang mak sis pernah buat masa kecik-kecik dulu. Kudapan enak, sebalang sekejap jer habis Sis belasah.
Zuraida Hussain, pemilik Idaman Cakes & Bakery
Kak Zuraida Hussain, pemilik Idaman Cakes & Bakery. Serius sedap tart nenas dan juga kuih semperitnya.Tak rugi kalau korang order!
Produk Sanggar Suri yang diusahakan oleh Norlaili Talib
Bab-bab serunding yang lazat, serunding ayam, serunding daging ataupun serunding ikan boleh try produk Sanggar Suri yang diusahakan oleh Norlaili Talib. Mini karipap berintikan serundingnya pun sedap tau..

So, bagi korang yang betul-betul serius mahu menceburi bidang perniagaan dari rumah ini, jangan teragak-agak untuk mendaftarkan diri serta mendapatkan bimbingan dan latihan daripada FAMA. 

Dan kalau ya pun korang memang dah buat bisnes dari rumah, tapi nak luaskan lagi pasaran produk korang. Boleh je jual kat Agrobazaar Online. Manfaatkan portal perniagaan Agrobazaar Online yang disediakan FAMA dengan sebaik mungkin.Jangan lepaskan peluang, ok.

Sekian dulu.. Jumpa lagi.



Lurve,
Sis Anie Mohamed