expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 19 July 2018

EKSPO ELEKTRONIK SHOPEE TAWAR PROMOSI HEBAT DARI 23 HINGGA 26 JULAI, 2018

EKSPO ELEKTRONIK SHOPEE

TAWARAN HEBAT EKSPO ELEKTRONIK SHOPEE INI BAKAL BERLANGSUNG PADA 23 HINGGA 26 JULAI, 2018 INI. TERDAPAT LEBIH DARIPADA 1,000 PRODUK TERMASUKLAH TELEFON PINTAR, GAJET, KELENGKAPAN RUMAH, KOMPUTER DAN AKSESORI YANG BOLEH DIBELI DENGAN POTONGAN HARGA SEHINGGA 90%.


Jadi, korang yang sememangnya suka membeli belah di Shopee, jangan lepaskan peluang untuk merebut pelbagai tawaran hebat yang cukup menjimatkan ini. Kalau korang nak tahu juga, terdapat lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi.

EKSPO ELEKTRONIK SHOPEE


Di samping itu, korang boleh menikmati harga terendah untuk semua produk Shoppe yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) . Bukan itu ajer  ya, sekiranya korang terjumpa pula produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee. Hurmmm… bagus, kan…

Menurut kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee, memandangkan platform ini telah berkembang pesat sepanjang tahun 2018. Jadi, pihak Shopee telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil dan Gajet, Komputer dan Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna.

Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia”.

EKSPO ELEKTRONIK SHOPEE

JUALAN KILAT SHOCKING SALE 24 JAM!
Mulai 23 Julai, Shopee akan menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale selama 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama.

Korang bolehlah merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Selain itu, boleh juga kalau nak beli aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Korang yang minat muzik , janga  ketinggalan untuk memiliki alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan potongan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.

Apa yang best lagi, terdapat beratus-ratus produk di LPG Tech Zone sepanjang empat hari Ekspo Elektronik ini berlangsung.Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik.Dalam masa yang sama, korang bolehlah membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen tu. Lagi mudah dan seronok.

EKSPO ELEKTRONIK SHOPEE


Kalau korang nak tahu juga, di  “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Korang yang mencari-cari kelengkapan rumah yang moden, berpeluang jenguk-jenguk kempen jualan murah “Everything for Your Home”. Ada banyak promosi hebat tau, antaranya jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Bagi penjimatan berganda, boleh tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian tersebut.


EKSPO ELEKTRONIK SHOPEE

JOM SERTAI PERTANDINGAN “TAG A BRO, WIN LIKE A PRO”
Kalau korang akfif berFacebook, jangan lepaskan peluang terbaik untuk menyertai pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai.
Caranya mudah sahaja.

Langkah 1
Korang  hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee.

Langkah 2
Kemudian, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah.

Langkah 3
Lepas tu tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa korang nak sangat memenangi produk tersebut.

HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI
Korang yang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran korang yang bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama kawan baik korang (yang korang tag namanya tu!).


Kalau nak tahu lebih lanjut https://shopee.com.my/m/electronics-expo 
(bermula 16 Julai 2018) dan jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

www.instagram.com/Shopee_MY

Okay, selamat bershopping di Shopee!
Tataaa….


Lurve,

Sis Anie Mohamed