Pelancaran Kempen Jom Berzakat


Hari ini tadi Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu lagi kempennya iaitu Jom Berzakat @zakat.com.my  




Bagi menyemarakkan lagi kempen tersebut, orang ramai boleh memenangi 60 hadiah bernilai RM100 hingga RM1,200 (20 hadiah bagi setiap bulan) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn Bhd. Whoa! Cukup menarik dan lumayan kan…

Kempen Jom Berzakat@zakat.com.my ini berlangsung selama tiga bulan, bermula 1 Ogos lalu dan bakal berakhir pada 31 Oktober 2018 nanti. Pembayaran zakat secara online merupakan satu kemudahan untuk menggalakkan lebih ramai lagi masyarakat Islam menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkat ekonomi golongan asnaf, pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-Maiwp, Ahmad Shukri Yusoff yang ditemui selepas merasmikan pelancaran kempen tersebut,salah satu objektif kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan para peniaga dalam talian, syarikat sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan tetapi bekerja di luar negara, serta amnya kepada umum, yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Kalau korang nak tahu jugak, untuk tahun ini PPZ-MAIWP menyasarkan 4,500 pembayar zakat baharu dengan nilai kutipan sebanyak RM2.5 juta melalui Kempen Jom Berzakat@zakat.com.my



Jadi, memang berita baiklah buat pembayar zakat baharu dalam sepajang tempoh kempen ini berlangsung, peluang korang cukup cerah untuk memenangi 60 hadiah bernilai RM100 hingga RM1,200 (20 hadiah bagi setiap bulan) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn Bhd tu.

Kalau nak ikutkan bukanlah hadiah tu yang wajar ‘giler-giler’ kita kejar dalam pada kita melaksanakan kewajipan, tapi dah kebetulan SeriGroup Global Sdn Bhd (Seri Beauty) berbesar hati untuk menaja hadiah tersebut sebagai menghargai para pembayar zakat. Syukur allhamdulillah lah kan… rezeki Allah.

Sesi penyampaian hadiah untuk para pemenang dari ketiga-tiga bulan nanti tu akan disampaikan sewaktu di Karnival Zakat pada 1 Disember nanti.



Cepat-cepat, apa yang ditunggu lagi. Layari www.zakat.com.my/kempen dan klik butang "BAYAR ZAKAT ANDA" dalam link tersebut untuk membuat pembayaran zakat.




Atau imbas QR Code yang ada dalam poster untuk terus ke link www.zakat.com.my/kempen


Selamat Berzakat
Berzakat Membawa Berkat

Jumpa lagi. Tataaa..



Lurve,
Sis Anie Mohamed