Philips Viva Collection Airfryer XXL

Kalau korang nak tahu, masakan bergorenglah yang paling sis suka. Padahal pengambilan makanan yang bergoreng dalam minyak tu tidak elok untuk kesihatan dan mujurlah sekarang nie sudah ada peralatan memasak yang serba canggih macam Philips Airfryer ini! 




Bagi korang yang kurang faham tentang airfryer, oklah Sis cerita sikit. Airfryer adalah peralatan memasak yang fungsi utamanya adalah untuk menggoreng makanan tanpa minyak. Faham-faham jer lah kalau menggoreng tanpa minyak, kan… tentulah makanan kita akan menjadi lebih sihat dan bebas minyak. Canggih tak canggihlah airfryer nih!

Sis tertarik nak cerita sikit tentang Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), Airfryer terbaharu Philips yang mampu memudahkan kita memasak hidangan untuk seisi keluarga.



YANG BEST!
BERSAIZ BESAR
Apa yang best, saiznya yang lebih besar membuatkan kita dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga. Bermakna kita tidak lagi perlu memasak berulang kali dan kita juga boleh memasak seekor ayam bulat atau sehingga 1.4kg kentang goreng. Lepas sangatlah untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer XXL ini.





LEBIH SIHAT

Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa.

Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional seperti menggoreng minyak penuh dalam periuk serta menggoreng dalam kuali.

CIRI TURBOSTAR BERKEMBAR
Ciri Turbostar berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bak puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. 

Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi penutup pengurangan lemak supaya boleh dibuang dengan mudah. 



MULTIFUNGSI & SANGAT PRAKTIKAL
Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL dengan kuasa 2,225W membolehkan kita memasak bermacam jenis makanan dengan mudah, cemat serta menjimatkan masa.
Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. Jadi, kita tak payah nak menunggunya menjadi cukup panas. Pilih jer sama ada korang nak menggoreng, membakar, menggril atau memanggang. Korang tetapkanlah suhunya daripada 80˚C hingga 200˚C.

Yang bestnya lagi tentang Airfryer XXL daripada Philips nie didatangkan dengan bakul QuickClean yang mempunyai jaring tidak melekat boleh ditanggalkan agar ia dapat dicuci dengan mudah dalam hanya 90 saat.

Semua bahagian yang boleh tanggal, seperti bakul dan bekas berbentuk laci yang disaluti dengan lapisan tidak melekat boleh dibasuh dengan selamat di dalam mesin pembasuh pinggan mangkuk.
Disebabkan fungsinya agak canggih, sudah pastilah harga ‘meletop’ sikit.Tapi, kalau rasa berkemampuan apalah salahnya membeli, kan…. Bagi Sis, inilah alternatif memasak untuk gaya hidup yang lebih sihat!
Jom kita kumpul duit beli Philips Viva Collection Airfryer XXL satu! Haahaa..



Sampai jumpa lagi.

Lurve,
Sis Anie Mohamed