HuggiesMyFastest
Sekarang nie terlalu banyak lampin pakai buang atau diapers di pasaran. Ada macam-macam jenama. Tak kiralah di pasaraya, mahupun di kedai-kedai online. Bila tengok harga runtuh yang ditawarkan boleh rambang mata dibuatnya. Namun, sebagai seorang ibu sudah pasti kita mahukan produk terbaik untuk si manja, termasuklah lampin bayi.


Sebagai ibu yang memiliki empat orang cahaya mata, Sis telah melalui pelbagai pengalaman menggunakan lampin pakai buang ini. Kadang-kadang, tanpa sedar ‘konsep jimat’ ketika membeli lampin pakai buang ini sebenarnya merugikan. Beli dengan harga yang murah, tetapi kualitinya tidak seberapa. Sekali dua bayi melepaskan ‘hajat, dah tembus atau bocor. Lebih-lebih lagi kalau anak lasak sepanjang hari.

Setelah beberapa kali terkena, Sis mula menyedari untuk memberikan keselesaan kepada si manja memakai lampin ini, ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan sewaktu membelinya selain daripada tertawan dengan harganya yang ditawarkan. 

Antaranya, pastikan lampin pakai buang itu mempunyai daya serap yang tinggi, materialnya lembut, sirkulasi udaranya baik, tidak mudah bocor, sesuai dengan ukuran tubuh bayi dan praktikal untuk kita! (maksudnya menyenangkan dan tidak menyusahkan kita sewaktu memakainya hihhi….)



Malaysia Fastes Absorbing Diaper Pants - kuasa serapan yang terbaik dan mampu memberikan keselesaan kulit kepada si manja

MAKINLAH JATUH CINTA!
Kat sini Sis nak share sikit tentang Huggies,jenama lampin pakai buang Sis yang masih kekal Sis gunakan untuk anak bongsu Sis, Dea Marissa yang berumur empat tahun tu. Kalau korang nak tahu, Sis memang pengguna tegar Huggies sejak dulu lagi.
Dan apabila Sis dapat tahu Huggies,perkenalkan produk terbarunya #HuggiesMyFastest Sis adalah antara ibu- ibu- yang paling gembira. Apatah lagi, #HuggiesMyFastest inidikatakan mampu memberikan tidur malam yang lebih lena… lebih nyenyak kerana bayi/anak akan berasa lebih selesa, kekal kering sepanjang malam.
Sis yakin, bab nie ramai ibu bapa yang suka! Hahahaha…. Bukan sahaja bayi/anak yang akan tidur nyenyak, papa dan mama pun sama!!! Hahahaha… Sis yang dah lama tak ada anak kecik, hampir 10 tahun nie lagilah, kan. Lagi liat lah nak kejap-kejap bangun tukar lampin Dea Marissa. So, terima kasihlah Huggies sebab mengeluarkan produk yang terbaik, dari dulu… kini dan selamanya! Jadi, tengah malam Sis tak perlu bangun lagi untuk tukar diaper pants-nya. Selamat!

KUASA SERAPAN TINGGI#HuggiesMyFastest
Nak tahu sejauh mana kehebatan kuasa serapan #HuggiesMyFastest , korang boleh tengok klip video yang Sis share tu. Memang terbukti, Huggies mempunyai kuasa serapan yang terbaik dan mampu memberikan keselesaan kulit kepada si manja. Memandangkan kadar serapannya itu sekelip mata, jadi tidak hiaranlah lampin pakai buang Huggies adalah Malaysia Fastes Absorbing Diaper Pants.




Lagi satu yang bestnya dan Sis nak share, produk ini ada 1,000 lubang mikro iaitu Rapid Absord Technology yang berupaya mengunci kadar lembapan atau basah dari kulit. Secara tak langsung ia akan menjamin keselesaan si manja dan mengelakkan daripada risiko masalah ruam lampin dan alergi pada kulit bayi. So, kita tak perlu bimbang menggunakannya sepanjang hari.
Di samping itu, ciri 5-Way Comfort Fit yang diterapkan adalah yang terbaik untuk si manja. Seluruh permukaan lembut dan ‘breathable’ Bayi bebas bergerak dan ciri elastik yang boleh merengang terutama di bahagian perut, belakang, pinggang, kedua-dua kaki dan juga celah kelangkang memberikan keselesaan buat si manja.

BOLEH BELI KAT MANA?
Kalau korang nak tahu, Sis selalu beli diapers untuk Dea Marissa kat sini http://bit.ly/2LgcBwt, banyak pilihan dan harga menarik yang ditawarkan. So, korang yang ada anak kecik tu boleh lah jenguk-jenguk lampin buang Huggies.Kualiti bagus dengan harga yang sangat berpatutan. Semoga sharing Sis kali ini bermanfaat untuk semua.



Sharing is caring! Sampai jumpa lagi di catatan akan datang.

Lurve,
Sis Anie Mohamed