Bahagia dalam hidup? Bahagia di tahun baru 2019? Siapa yang tak mahu! Semua insan di dunia mahukan hidup yang bahagia. Bahkan ramai di antara kita yang suka membandingkan kebahagiaan hidup sendiri dengan orang lain.
Begitulah ragam manusia, jarang mahu bersyukur dengan apa yang dimiliki.Lemahnya hati dan fikiran kita. Itu tak Sis nafikan, sesekali wujud juga perasaan yang sedemikian. Tapi, kita perlu cepat-cepat tepis. Jangan biarkan fikiran negatif itu berterusan menguasai diri.


Untuk bahagia dalam hidup, di tahun baru ini kita perlu ubah segala fikiran negatif dengan semangat yang kuat dalam diri. Buang segala kata-kata negatif yang pernah tersemat di lubuk hati. Bahagia itu sebenarnya mudah dan cukup sederhana untuk dimiliki!
Jadi, sempena tahun baru 2019 ini, marilah kita bersama-sama membuang 5 penyakit negatif kita itu.

1. MALAS
Malas adalah musuh kejayaan dalam hidup dan kita semua ada sikap malas itu. Cuma, ada ketikanya rasa malas situ muncul pada saat yang tidak wajar. 

Jangan biarkan perasaan mala situ terus menguasai diri.Bila perasaan malas tu muncul, kita perlu lawan dengan sepenuh hati. Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri kita, tetapi kita boleh mengawal sikap kita apabila sesuatu perkara terjadi. Kita yang menentukan sama ada diri kita mahu menjadi lebih kuat atau lemah! Disiplin teras kejayaan. Kalau nak berjaya, nak sukses tak boleh jadi orang MALAS atau ada sikap PEMALAS!



2. JANGAN ANGGAP DIRI “BODOH”
Terus menganggap diri kita bodoh, serba kekurangan atau sering menyalahkan diri sendiri terhadap sesuatu perkara, lambat atau cepat ia tetap akan membuatkan potensi diri kita menjadi tidak berkembang.
Sebaiknya, kalau dah rasa diri tu tak bagus, cuba fokuskan pada memperbaiki diri. Itu adalah lebih bermakna daripada terus membandingkan diri dengan orang lain.
Jika ada yang seolah-olah merendahkan diri atau kemampuan kita, ‘chill’ ajer, teruslah berbuat baik dan respek. Lambat laun, dorang akan sedar dan malu sendiri, bila tahu kita sebenarnya ‘diam-diam berisi’!
3. EGO
Biasanya orang ego selalu berasa tidak puas hati, mementingkan diri, kerap membandingkan dirinya dengan orang lain dan merasakan hanya dirinya sahaja yang betul. 

Orang ada sikap ego nie adakalanya langsung tidak mahu memahami fikiran dan perasan orang lain. Dan sikap ini jugalah membuatkan dirinya tidak boleh terus maju kehadapan. Pendek kata, sikap ego ini sebenarnya hanya dimiliki oleh orang-orang yang bodoh!



4. BOSAN
Cara mudah untuk bahagia dan sukses dalam hidup, kita tidak mudah atau cepat sangat nak mengatakan bosan terhadap sesuatu perkara yang kita buat.
Asyik mengeluh bosan…bosan… dan bosan boleh menganggu produktivi kita dalam bekerja atau bisnes yang kita lakukan. Kena buang jauh-jauh keluhan nih kalau nak terus maju ke depan. Try atasi rasa bosan tu dengan berfikiran postif, kembangkan kreativiti, explore lebih banyak lagi perkara-perkara baru dan belajarlah untuk selalu bersyukur!

5. TIDAK IKHLAS
Ramai di antara kita yang melakukan sesuatu tanpa keikhlasan hati atau terpaksa. Sikap sebegini tidak mendatangkan berkat. Walaupun untuk mengikhlaskan sesuatu itu sangat berat atau sukar, namun kita perlu mencubanya untuk ikhlas. Tanpa keikhlasan kita tak akan dapat ketenangan itu.
Berhenti menjadi buta terhadap nilai-nilai positif yang sudah kita miliki selama ini.Lepaskan ketidaksempurnaan dan raikan kesilapan atau kesalahan yang pernah kita lakukan dan belajar/ambil iktibar daripadanya.


Untuk tahun 2019 ini, ayuh kita sama-sama lakukan perubahan diri daripada yang baik menjadi lebih hebat! Buang jauh-jauh fikiran negative yang akan membuatkan kita terbawa-bawa aura negatif yang sememangnya tidak baik untuk kehidupan kita serta membuatkan hidup kita jauh dari rasa bahagia!
Okay, sekian dulu catatan Sis. Selamat Tahun Baru 2019 , sampai jumpa lagi.


                                                                 Happy New Year!!!

Lurve,
Sis Anie Mohamed