MASKER MUKA

Boleh ke kulit muka jadi lebih cerah dengan masker muka? Mestilah boleh! Janji masker yang korang pilih tu benar-benar berkualiti dan sememangnya berfungsi untuk mencerahkan kulit, sekaligus menanggalkan sel kulit mati pada wajah.





Sis pun baru jer berjinak-jinak pakai masker ataupun ‘sheet mask’ nih. Sekali cuba, dua kali cuba, tiga kali cuba hurmm… memang nampak result-nya. Muka sis tak lagi nampak penat atau lesu. Kulit muka pun rasa lebih segar dan berseri.

Bagi Sis, penggunaan masker, mahupun ‘sheet mask’ nie memang elok untuk korang yang ada masalah kulit kusam. Sis cakap macam nie, sebab Sis pun punya masalah kulit wajah yang kusam.Semakin berusia, semakin kusam pula jadinya… hahhaa… mujur jugak hati ini tak kusam sama, kalau tak tak tahulah nak jadi apa. Hahaha… hahaha..

Mesti Baca: 3 Cara Mudah Rawat Kulit Muka Agar Kembali Berseri

8 KEBAIKAN YANG BUAT SIS SUKA PAKAI ‘SHEET MASK’

1. Mampu menanggalkan sel kulit mati pada wajah sehingga wajah yang kusam kembali cerah berseri.

2. Menghaluskan kulit wajah secara perlahan-lahan dan berupaya menghilangkan kesan bekas jerawat serta tompokan hitam.

3. Memperlambatkan tanda-tanda penuaan.

4. Mencerahkan kulit wajah.

5. Menstimulasikan pengeluaran kolegan pada kulit wajah.

6. Mempertahankan kulit muka dari bahaya radiasi sinaran UV.

7. Membantu mengeluarkan racun-racun kimia dalam kulit wajah.

8. Memperbaiki jaringan sel-sel di kulit muka sehingga menjadikannya lebih sihat.

Okaylah, itu adalah antara kebaikan atau manfaat apabila kita pakai masker, ‘sheet mask’ ataupun topeng muka. Dan kat sini, Sis nak share antara masker dan ‘sheet mask’ yang menjadi kegemaran Sis.



1. SK-II Facial Treatment Mask
Ouch! Memang terbaik dan setiap produk keluaran SK-II punya keunggulan yang tersendiri. Bagi yang dah menggunakan SK-II, pasti tau kehebatannya.

SK-II Facial Treatment Mask ini mengandungi Pitera yang mampu memanjakan kulit dengan pantas walaupun korang baru sekali mencubanya. Kulit korang akan terasa lembab secara menyeluruh dan terus nampak berseri-seri.

Set penjagaan kulit wajah yang paling Sis suka :)) 
Macam mana nak pakai? Kalau ikut stail Sis, mula-mula selesakan posisinya, letak di kawasan mata. Lepas tu barulah ratakan perlahan-lahan ke seluruh bahagian muka. Bila dah settle, tepuk-tepuk dan biarlah selama 5-15 minit macam tu. Sebaiknya guna 1-2 kali seminggu lepas korang pakai SK II Facial Treatment Clear Lotion

Nak tahu lebih lanjut layari:

www.sk-ii.com.my



2. Happy MaskSis suka juga dengan produk Korea nie. Ada banyak pilihan kalau korang beli kat Guardian. Tapi Sis paling suka yang tiga nie lah, Hydrogel Lace Mask– Collagen Rejuvenating, Collagen Brightening dan Collagen Moisturizing.
Ketiga-tiganya diformulasikan dengan AquaPlux, yang mampu melembapkan kulit yang kering, melembutkan, memutihkan serta mencerahkan kulit.
Cara pemakainnya pun sama. Lepas korang bersihkan muka, pakai ‘sheet mask’ nie dan biarkan selama 20-30 minit. Tepuk-tepuk dengan lembut supaya essence nya meresap pada kulit muka.



Lagi satu yang buat Sis jatuh hati, sebab Happy Mask pilihan Sis nie ada mengandungi collagen. Memandangkan usia semakin lanjut,collagen pada kulitpun semakin berkurangan, memang elok sangatlah kalau kita pakai skincare yang ada kandungan collagen.


3. Anjeri Mask
Sebenarnya Sis baru jer berkenalan dengan Anjeri Mask atau Masker Anjeri nie. Kalau korang nak tahu, Anjeri Mask ni cukup popular di Thailand dan baru jer tembus di pasaran tempatan.

Anjeri Gold Facial Mask dan Anjeri Silver Facial Mask ini dihasilkan 100% daripada sutera semulajadi, dengan komposisi dan strukturnya menyamai kulit manusia. Nie lah yang membuatkan Anjeri Mask nie lebih special berbanding masker lain.
Anjeri Gold dan Silver Facial Mask berharga RM89.00 dan RM 86.00 sekotak dan terdapat 10 keping masker).



Manakala Anjeri Sleeping Mask yang berbentuk kapsul gel (sekali guna jer), memang first time Sis pakai.Sebelum nie Sis memang tak pernah pakai, jadi memang terujalah.

Lagipun Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask mengandungi emas 24k yang dikatakan mampu memperlambatkan penurunan kolegan, meningkatkan keanjalan kulit wajah dan menghalang tanda-tanda penuaan.

Bercakap tentang harganya pula, Anjeri Gold Sleeping Mask dan Anjeri Silver Sleeping Mask sekotak RM89.00 dan RM86, dalam tu ada 16 kapsul.







MESTI BACA!
Apapun sebelum kita pakai masker atau sheet mask,kita memang kena membersihkan muka terlebih dahulu. Kita tak nak segala sisa kotoran yang melekat kat muka kita akan menghalang penyerapan nutrisi yang terkandung pada masker tu. Rugilah, kebaikan memakainya tak dapat dan silap haribulan muka boleh tumbuhi jerawat! 

Time tu korang jangan salahkan masker tau, tapi cara korang menggunakannya tu tak betul.Cuma Sis ada masalah sikit bila pakai 'sheet mask' nie ...semuanya kan free size hahah... muka sis kecik.. jadi memang kelakar lah sikit.. tang mata, tang hidung dan tang mulut, semua lari!! Kah.. kahh...
Nampak tak, ketidakbetulannya di situ?.Besau nau size sheet mask ni huhhu... :)) 
Okaylah sekian sahaja catatan Sis kali ini. Jumpa lagi. Tataaa…
Lurve,
Sis Anie Mohamed