Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Masih mencari-cari tempat makan yang best dengan pelbagai hidangan menarik dan lazat sempena Tahun Baru Cina nanti? Jom makan-makan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur!


Sushi Rolls... macam-macam ada! 
Minggu lepas, Sis sempat singgah ke Coffee House (Level 9), di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur untuk preview - Chinese New Year Eve Buffet Dinner. Yang pastinya, kesemua menu yang dihidangkan enak-enak belaka dan banyak sangat pilihan.Sis sendiri pun sampai tak tahu, nak jamah yang mana satu dulu. Apapun, hari tu memang banyak giler Sis makan! Dah macam bela 'hantu' pulak. Hahahaha….
Semuanya sedap!
Pencinta sayuran, aneka salad sedia menanti! 
Sehingga menjilat jari! Asian Seafood Buttered Spaghetti 
Pizza Itik Panggang Peking






Banyak Wey Menu Enak!
Bagi korang suka masakan Cina, makan Dim Sum ataupun makanan laut, jangan teragak-agak untuk datang ke Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Ada pelbagai wey menu enak untuk korang cuba dan nikmati bersama keluarga ataupun kengkawan.

Pizza Itik Panggang Peking, Kerabu Asam Limau, Grilled Lamb with Mint Pommery Mustards, Sushi Rolls, Asian Seafood Buttered Spaghetti, Steam Fish dengan Sos Soya Superior dan banyak lagi.

Chinese Black Pepper Beef 
Fried Prawn With Special Sauce 
Sea Cucumber & Mushroom Stewed On Brassica  
Stir Fried Hong Kong Nai Park With Garlic 
Grilled Lamb With Mint Pommery Mustard 
Pan Sear Chicken With Mushroom Ragout Sauce 
Lamb Masala 
BBQ Sotong, Udang dan Ikan Hering
Steam Fish With Superior Soy Sauce 
Untunglah... siapa yang suka makan oyster ne... fresh weyyy! 
Di samping itu, ada banyak juga menu untuk manisan dan pencuci mulut. Kesemuanya dihidangkan dengan tema sambutan Tahun Baru Cina. Memang enak kalau pekena kek, puding dan kue raya Cina dengan secawan teh ataupun kopi. Terangkat selera, sebab semuanya sedap!











So, korang boleh lah try menu yang disediakan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur bersempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini. Nikmati sendiri keenakan menu yang ditawarkan dan yang pasti, tidak mengecewakan!

Kue Raya Cina mengimbas nostalgia lalu... Chewah! 




Ayuh, Cepat Buat Tempahan!
Sis dan teman-teman blogger memang enjoy 'makan-makan' di sini
Wajib ada, Yee Sang 
Chinese New Year Eve Buffet Dinner
Tarikh:4 & 5 Februari, 2019
Tempat:Coffee House (Level 9)
Masa:6 petang hingga 10.30 malam
Harga yang ditawarkan:RM118 nett(dewasa) dan RM 68 nett untuk kanak-kanak berumur ( 7 hingga 12 tahun).
Kanak-kanak berumur bawah 7 tahun (percuma).

Tunggu Apa Lagi?
Hubungi: 03-40409888 atau layari https://putra.sunwayhotels.com/special-offers/kuala-lumpur-dining-packages

Sekian perkongsian Sis kali ini. Selamat Makan-Makan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.... kenyang sangat!! 
Lurve,
Sis Anie Mohamed