DIM SUM HALAL

Korang dah try ke semua produk Dim Sum halal sejuk beku, Ayamas Kitchen?Ada 10 jenis pilihan, semuanya enak untuk dinikmati. Itupun kalau korang memang pencinta Dim Sum.



Produk Dim Sum yang diperkenalkan oleh QSR Trading Sdn Bhd (QSRT),di bawah jenama Ayamas Kitchen ini boleh di dapati ini 48 Kedai Ayamas di seluruh negara. Tak pun beli sahaja di pasaraya Giant, dah ada jual pun kat situ.



10 JENIS DIM SUM ENAK DINIKMATI
Ayamas Kitchen menawarkan 10 jenis Dim Sum di pasaran iaitu ayam dan udang, hakao udang, dumpling udang, nasi pulut ayam daun teratai, kari ayam, kek lobak bersama udang kering, pau ayam barbeku, tauhu gulung ayam dan ikan serta pek kombo.



Korang jangan rasa was-was nak beli, sebab ianya halal. Produk ini disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), antara badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Lagipun menurut Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Bhd, produk tersebut diperbuat daripada bahan-bahan segar. Ianya juga dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini supaya para pelanggan dapat memastikan ianya 100% selamat untuk dinikmati.

BACA JUGA: MENU SIHAT READY TO EAT



SENANG GILER NAK SEDIAKANNYA!
Sebenarnya Sis bukanlah pencinta Dim Sum, tapi bolehlah jamah-jamah.Tapi, anak-anak Sis memang suka.So, sekarang nie tak payah lagi nak makan Dim Sum kat luar, beli kat Ayamas Kitchen jer.

Nak menyediakannya pun senang giler, kalau nak cepat boleh jer guna microwave. Tapi, lagi sedap kalau kita kukus secara tradisional. Lepas tu cicah jer dengan sos cili Ayamas ataupun Sos Hoisin, jenama Life. Memang sedap! 

So, korang yang suka makan Dim Sum tu segeralah dapatkan Dim Sum Ayamas Kitchen, dijual bermula dari RM10.59 sehingga RM13.39 sepeket. Sampai jumpa lagi.


Lurve,
Sis Anie Mohamed