Sudah hampir tiga bulan kita meninggalkantahun 2018 dan meneruskan langkah kita seterusnya. Bagi yang sudah menunaikan zakat pada tahun lalu,allhamdulillah. Nampaknya korang dah berjaya melaksanakan salah satu rukun Islam.Tahniah!
Manakala bagi yang masih belum berzakat, sedangkan sudah cukup syaratnya diharap tak lupa untuk berzakat.Terlalu banyak manfaat yang akan diperoleh apabila berzakat.Bahkan nasib para asnaf (yang layak untuk menerima zakat) akan terbela.



Okaylah, baru-baru ini Sis telah menghadiri satu majlis pengumuman kutipan zakat bagi tahun 2018 yang lalu, anjuran PPZ-MAIWP.Ianya berlangsung di Hotel Everly Putrajaya dan turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof. Ditemani oleh Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien Abd Kadir, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan / Setiausaha MAIWP, Tuan Hj Mohd Ajib Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.

Peranan SebenarBagi korang yang masih keliru dengan peranan dan tanggungjawab PPZ-MAIWP,biar Sis bagi tahu lagi. PPZ-MAIWP bertanggungjawab mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala Baitulmal-MAIWP pula bertanggungjawab bagi pengagihan zakat.

Rekod Kutipan Zakat PPZ-MAIWP Bagi Tahun 2018: 


BilPerkara

2018(RM)2017(RM)Kenaikan 2018/2017 %
1.Kutipan Zakat651,228,032.94615,199,108.06+6%




BilPerkara

2018 (Jumlah Orang)2017 ( Jumlah Orang)Kenaikan 2018/2017 %
1.Pembayar Zakat180,958169,372+7%







Untuk memperjelaskannya lagi, korang kena tahu yang semua kutipan zakat yang telah diterima, pihak Baitulmal MAIWP akan mengagihkannya mengikut:
- bantuan kewangan bulanan
- bantuan sewa rumah sekiranya tidak mampu membayar sewa rumah
- bantuan pelajaran kepada anak-anak
- bantuan perubatan sekiranya mereka ada masalah kesihatan
- bantuan perniagaan sekiranya mreka ada membuat perniagaan kecil-kecilan

Bagi menjamin kelangsungan pendidikan kepada semua golongan pihak Baitulmal juga turut menyediakan pelbagai kemudahan.Antaranya:
1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri.

2. SMA- MAIWP Labuan.

3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak.

4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan.

5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan.

6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda.

7. Darul Ilmi di Sungai Penchala.

8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak.

9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah.

Manakala bagi Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula:

1. Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa Gombak untuk anak-anak yatim
2. Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial.

3. Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf

Sasaran Kutipan Tahun 2019
Untuk tahun 2019 ini, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan sebanyak RM710 juta dengan pembayar seramai 190 orang di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.
Antara Perancangan PPZ-MAIWP Bagi Tahun 2019:
1. Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat.
2. Kempen Penambahan Potongan Gaji.

3. Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta.

4. Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan.

5. Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.

6. Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat.

7. Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan.

8. Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti.

9. Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat.

10.Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat.

11. Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan.

12. Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat.

13. Kempen Skim Thohir di sektor awam.

14. Kolaborasi bersama pihak luar.

15. Menambahbaik saluran bayaran zakat.

16. Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah).

17.Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan.

18. Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan.

19. Program–program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan.

20. Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.



“PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”
Sesuai dengan ‘tag line’ “PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”, jelas membuktikan PPZ-MAIWP begitu komited untuk memastikan seluruh masyarakat,khususnya yang beragama Islam benar-benar faham tentang kewajipan berzakat dan dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

Nak tahu lebih lanjut, layari www.zakat.com.my

Selamat berzakat!
Lurve,
Sis Anie Mohamed