Jelajah Rahmah Ambang Ramadan 2019

Tahniah buat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di atas penganjuran aktiviti berbasikal ke rumah-rumah asnaf menerusi program Jelajah Rahmah @ Ambang Ramadan 2019 yang lalu.



Biarpun Sis tak berkesempatan untuk turut serta dalam kayuhan amal tersebut, namun bahangnya tetap terasa.Apatah lagi, program yang diadakan bersempena Ramadan ini turut menyaksikan kehadiran tetamu diraja iaitu Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah berkenan mencemar duli untuk turut serta menyertai bersama 100 orang peserta.



Turut mengiringi DYTM Tuanku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menetri, YB Datu Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun.Di samping itu, Pengerusi MAIWP Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee, ketua-ketua agensi pengurusan Islam dan tetamu kehormat yang lain serta peserta MAIWP Cycling Club juga turut serta dalam kayuhan amal ini.
Kayuhan amal ini bermula dari Taman Tasik Datuk Keramat dan menuju ke Masjid Al-Akram. Kalau korang nak tahu, sepanjang kayuhan tersebut,para peserta nie telah singgah bagi menziarahi lima orang asnaf yang menetap di Lorong Keramat 8, Lorong Keramat 5, Lorong Keramat 1 serta dua lagi asnaf yang menetap di Lorong Kiri 16, Kampung Datuk Keramat.


Para peserta bukan setakat singgah gitu-gitu jer tau, ada sesi beramah mesra dan setiap daripada mereka diberikan sumbangan.Kelima-lima asnaf terpilih ini punya cerita sedih yang tersendiri dan mereka ini sememangnya menerima bantuan MAIWP pada setiap bulan.


Ada di antaranya menerima bantuan MAIWP menerusi Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Perubatan Am,Bantuan Peralatan Kesihatan,Bantuan Am Persekolahan untuk anak-anak dan Bantuan Menyelesaikan Hutang.



Di lokasi terakhir program ini iaitu di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat diadakan pula penyampian bantuan tunai dan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada 100 orang asnaf yang hadir. 








Program ini julung kali dianjurkan oleh MAIWP dan Sis berharap akan ada lagi kesinambungannya.Apatah lagi ia turut melibatkan usahasama dengan golongan pemerintah. Secara tak langsung ia dapat menyedarkan masyarakat bahawa pemerintah negara kita dan kerajaan tetap prihatin dan peka dengan permasalahan rakyat terutama golongan asnaf.
Insya-Allah kalau ada kesempatan Sis memang nak join program ini.Satu perubahan bentuk agihan zakat yang bagus.Kita dapat melihat sendiri, kenali masalah yang sedang dihadapi serta mendengar rintahan hati mereka yang terpaksa menempuh kesukaran hidup. Bantuan yang dihulurkan tentunya dapat meringankan sedikit beban hidup yang sedang mereka tanggung itu.





Sedikit sebanyak situasi ini memperlihatkan zakat yang dikutip oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) daripada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah diagihkan secara efiesyen kepada golongan asnaf yang layak serta menangkis dakwaan tentang ketidaktelusan MAIWP dalam pengagihan zakat.
Tahniah sekali lagi kepada MAIWP atas usaha murni menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang memerlukan.Next progam, jangan lupa ajak Sis sekali ya!

Sekian sahaja catatan Sis, sampai ketemu lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed