Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle

Pernah dengar antioxidant serum by Sanny & Joleen Lifestyle? Sebotol serum berwarna jernih ini mengandungi sejumlah bahan aktif daripada vitamin sampailah antioksidan yang berupaya mencantikkan kulit wajah.
So, inilah yang Sis nak share pasal Antioxidant Serum By Sanny & Joleen Lifestyle yang baru Sis try gunakan.Best sangat serum nie terutama kalau korang ada masalah jerawat, jeragat, kulit kusam ataupun kulit kering. Memang sangat efektif.

Berkesan Merawat Kulit Wajah Bermasalah
Sejak mengalami kerosakan kulit muka akibat terpengaruh dengan satu lokal produk kecantikan, Sis memang tak berani lagi nak pakai apa-apa produk tanpa meneliti kandungan bahan-bahannya terlebih dahulu.

Jadi, itulah sebabnya sebelum menggunakan Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle nie Sis memang buat research terlebih dulu. Apa kandungan-kandungan yang terdapat dalam serum ini?Ada tak menggunakan bahan kimia? Dan apabila betul-betul yakin tak ada bahan kimia terlarang yang boleh merosakan kulit wajah, barulah Sis berani tepek kat muka.



Antioxidant Serum by Sanny & Joleen LifestyleRamuan istimewa yang menjadi formulasinya adalah Tocotrienol (vitamin E), Panthenol (pro-vitamin B5), Niacinamide( vitamin B3), Minyak Calendula dan Minyak Zaitun. 

Tocotrienol, vitamin E yang terkandung di dalam serum ini mampu menutrisi kulit serta melawan gejala kerosakan kulit, terutama yang disebabkan oleh sinaran UV.
Kebetulan juga waktu Sis try Serum Antioxidant nie kulit Sis memang tengah bermasalah, agak kering. Jadi, memang sesuai sangatlah Sis pakai Serum Antioxidant untuk melembabkan kulit muka.

Di samping itu, menyamarkan bintik atau noda hitam yang masih melekat di muka Sis ini. Kandungan antioxidant dan vitamin yang terdapat dalam Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle ini akan membantu memperbaiki kulit dari kedua-dua masalah yang Sis hadapi itu.

Baca Juga: 3 Cara Mudah Rawat Kulit Muka Agar Kembali Berseri

Apa yang buat Sis berkenan dengan Antioxidant Serum nie, sebab teksturnya ringan, baunya natural, tidak melekit dan berminyak serta senang meresap pada kulit.
Dua minggu lepas Sis gunakannya kulit muka Sis terasa lembab dan tak nampak kering dan kusam lagi.



Antara Kebaikan Antioxidant Serum Sanny & Joleen ialah:

* Menyegarkan dan melembabkan serta tidak meregang dan merengsakan kulit wajah.

* Wajah nampak lebih cerah berseri, tona kulit juga lebih sekata, memudarkan bekas-bekas jerawat, menghilangkan kesan jeragat dan menyelesaikan masalah kulit kusam atau kering.

* Mengurangkan kedutan, melambatkan proses penuaan serta wajah nampak lebih awet muda.



Cara Nak Guna Antioxidant Serum by Sanny & Joleen LifestyleCaranya sangat mudah. Kalau ikut cara Sis macam nie:

1. Mula-mula cuci muka bersih-bersih daripada segala kotoran ataupun make up.

2. Lepas muka dah bersih, Sis akan aplikasikan toner supaya muka jadi lebih bersih dan segar.

3. Kemudian, barulah Sis aplikasikan serum.Sis letak satu atau dua titis serum, kemudian aplikasikan sehingga merata pada kulit muka. ( letak kat dahi, dagu dan pipi kiri kanan).Lepas tu, tepuk-tepuk muka supaya serum tu semakin meresap ke dalam kulit muka.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Antioxidant Serum Sanny & Joleen layari https://sannyjoleen.com/
Facebook: https://www.facebook.com/sannyjoleen/
Instagram:@sannyjoleen

Sebelum menamatkan catatan Sis kali ini, mahu menggunakan serum atau tidak, terpulang kepada korang ya. Tapi, kalau rasa korang kulit muka korang bermasalah, tak jadi hal pun untuk mencubanya. Namun, pastikan korang menjadi pengguna yang bijak, okeh!


Paling penting, pastikan serum tersebut tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang mungkin akan memberikan efek yang tidak baik jika diaplikasikan ke kulit muka dalam jangka waktu yang panjang. Antioxidant Serum by Sanny & Joleen Lifestyle, bebas bahan kimia, so korang boleh cuba serum nie.



Lurve,
Sis Anie Mohamed