Siapa yang tak nak punya kulit wajah cerah berseri. Paling syok, tak payah ‘tepek’ mekap! So, meh lah kita try guna essence dan serum muka bagi mendapatkan kulit wajah yang lebih cerah berseri.

Kalau korang nak tahu, essence dan serum nie mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu menghaluskan kulit wajah, melembapkan serta meratakan rona kulit wajah kita yang mungkin tidak sekata. Tetapi, tetstur essence lebih cair dan ringan berbanding serum.

Actually, sis pun baru jer berkenalan dan terus jatuh cinta dengan penggunaan essence nih. Sebelum ini, wajah sis lebih berkawan dengan serum dan moisturizer.

Tapi bila dah tahu, banyak manfaatnya bila kita gunakan essence, serum dan juga moisturizer dalam rutin penjagaan kulit wajah, jadi sis pun tergoda.Maklumlah usia semakin meningkat, tanda-tanda penuaan jelas terserlah. Gitewwww….

Cara Penggunaan Yang Betul:
Penggunaan essence yang betul ialah setelah kita mencuci muka dan dan pakai toner.
Setelah itu, barulah kita aplikasikan serum dan juga moisturizer. Penggunaan essence ini turut membantu produk skincare yang kita guna tu lebih efektif meresep ke dalam kulit wajah.

Itulah sebabnya juga wanita Korea ramai yang cantik kulitnya sebab dorang memang suka merawat wajah dengan penggunaan essence nie. Kena pakai secara rutin, baru dapat result yang menggagumkan. Kulit wajah akan kelihatan awet muda dan anjal.

SK-II antara essence yang menjadi kegemaran Sis. Tapi, mahal sangat laa.... huuhuu..
Selain SK-II, sis ada juga ada try produk Melano CC Brightening Essence dari Rohto Mentholatum. Okaylah serasi dengan kulit wajah sis. Korang nak try pun boleh sebab ianya berupaya memperbaiki masalah kulit wajah terutama pigmentasi dan bintik-bintik hitam.


Melano CC Brightening Essence nie pun best juga
Formulasi vitamin C nya cukup unik, penembusan tinggi membolehkan bahan aktif pencerahan meresap jauh ke dalam kulit dan menghalang pembetukan melanin, sehingga kulit muka kita pun jadi lebih cerah dan lawa.Kalau rasa nak cuba bolehlah beli kat Watson. Harganya dalam RM 59.00 gitewww.

Nak pilih brand lain pun boleh, sebab semua produk tu punya kelebihan masing-masing. Terserah anda untuk memilih yang terbaik, tapi sis sarankan korang cuba tester atau beli stater pack terlebih dahulu. Tengok ianya sesuai tak dengan kulit wajah korang.


Lurve,
Sis Anie Mohamed