Wow! Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Wonderfly di Aquaria,KLCC pada 30 November ini yang pastinya meninggalkan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan dan penuh teladan.



Kalau korang nak tahu,disebabkan pelancaran aplikasi mudah alih mereka, pelantar aktiviti pelancongan Malaysia Wonderfly melancarkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama mereka dengan Project SEA: Save the Environment & Animals.

Projek ini merupakan kerjasama bersama Aquaria KLCC dan Boost, yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan kehidupan laut. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membiayai usaha pemuliharaan yang berterusan oleh Reef Check Malaysia (RCM).

Dengan matlamat sumbangan sebanyak RM10,000, Wonderfly memberikan komitmen untuk mendermakan sebahagian daripada keuntungan jualan tiket Aquaria KLCC pada 30 November bagi menjayakan inisiatif ini.Boost, yang juga merupakan rakan kongsi e-wallet mereka, turut menyediakan jualan tiket ini di dalam aplikasi mereka.

Menurut Triston Puah, Ketua Pegawai Eksekutif Wonderfly, mereka berasa sangat teruja untuk memperkenalkan inisiatif CSR yang buat julung kali diadakan ini.
“Pemuliharaan kehidupan laut merupakan suatu isu yang penting dalam industri pelancongan, dan kami amat bersyukur kerana Aquaria KLCC dan Boost turut serta sebagai rakan-rakan seperjuangan dalam usaha ini.

Dengan Project SEA, pelawat Aquaria KLCC akan berpeluang mempelajari mengenai pemuliharaan kehidupan laut dan inisiatif hijau yang dipraktikkan sambil menikmati pengalaman Aquaria KLCC. Sebagai langkah inisiatif hijau, Wonderfly menyediakan pembelian tiket masuk ke Aquaria KLCC atas talian tanpa penggunaan kertas,” jelas beliau.

"Project SEA hanya merupakan inisiatif pertama kami. Kami berharap untuk memperkenalkan lebih banyak program bagi menangani isu-isu lain yang mempengaruhi sektor pelancongan kami sambil membolehkan pelanggan kami melawati tarikan menarik pada harga mampu milik dengan mudah melalui platform digital Wonderfly,” tambahnya lagi.

Pemapanan Keindahan Pantai Bersih

Ekopelancongan merupakan sektor penting di Malaysia, namun perbuatan pembuangan sampah merata-rata boleh mencemari pantai dan menjejaskan kehidupan laut. Mujurlah terdapat organisasi-organisasi seperti RCM yang ditubuhkan untuk menangani isu-isu sebegini serta memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan akan kepentingan pemuliharaan alam.

Pada September lalu, RCM telah mengadakan aktiviti pembersihan di 100 pantai di seluruh negara. Secara keseluruhan, mereka telah mengumpulkan hampir 35,000kg sampah, termasuklah 137,865 botol plastik, 77,075 pembungkus makanan, dan 59,418 puntung rokok . RCM dilahirkan untuk mendidik dan bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi melindungi ekologi marin.

Julian Hyde, Pengurus Besar RCM berkata, “Memang benar bahawa lautan dan pantai kita sangat memerlukan bantuan.Apatah lagi dengan kehidupan laut kita yang sedang menderita. Kami amat bersyukur kerana Wonderfly menyandang keyakinan terhadap inisiatif kami dengan matlamat yang sama dan telah memilih untuk memberikan pendorongan melalui Project SEA.

Sumbangan yang dikutip akan digunakan dengan baik dalam pelbagai projek konservasi kami di seluruh negara, antaranya program kemasyarakatan dan pengurusan sumber laut.” 

Selain daripada menyumbang secara kewangan, pasukan Wonderfly juga akan mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai di Pantai Tanjung Piai bersama RCM pada bulan November ini.
Di situ nanti, mereka akan dapat melihat dan memahami situasi pencemaran pantai secara langsung.

Project SEA bukan sahaja memberi pasukan Wonderfly dan orang ramai peluang untuk memahami pencemaran laut dengan lebih baik, malah membantu mereka menyemai sikap kesedaran terhadap alam sekitar. 

Sertai Wonderfly di Aquaria pada 30 November untuk inisiatif yang berteladan  penuh keseronokkan
Jom Turut Serta pada 30 November Ini!

Sebagai ganjaran kerana membeli tiket khas untuk melawat Aquaria KLCC pada 30 November, Wonderfly juga akan mengadakan pelbagai jenis acara mesra keluarga yang menyeronokan termasuklah persembahan oleh maskot kartun Didi & Friends dan sesi perkongsian bersama RCM serta tetamu selebriti, Yasmin Hani. 

"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Wonderfly dalam Project SEA yang merupakan suatu inisiatif yang sangat relevan bagi Aquaria. Di samping meneroka, belajar dan mengenali keistimewaan kehidupan laut di fasiliti kami, kami juga ingin menegaskan kepentingan melindungi lautan yang memulihara pelbagai kehidupan laut.

Kami mengalu-alukan kehadiran semua orang, terutamanya keluarga dengan anak-anak kecil, untuk turut serta pada 30 November dan mengetahui cara-cara anda boleh menyumbang kepada usaha pemuliharaan melalui Project SEA,” kata Dato’ Simon Foong, Pengarah Urusan Kumpulan Aquawalk Sdn Bhd.

Beli Tiket Khas Lawat Aquaria KLCC
Banyak acara menarik... Meet Didi & Friends pun adalah!
Korang yang berminat bolehlah beli tiket khas untuk melawat Aquaria KLCC pada 30 November ini menerusi aplikasi Wonderfly (boleh didapati di iOS dan Android) atau di https://www.wonderfly.asia dan juga melalui aplikasi Boost. Yang bestnya korang juga berpeluag mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung pada 30 haribulan tu.

Sebagai acara eksklusif untuk pelanggan Wonderfly, andaikata kalian belum lagi berdaftar, pun boleh juga membeli tiket dari Wonderfly. Senang, kan… nak beli tiketnya!

Okaylah, sis pun excited juga nie nak bawa anak-anak berkunjung ke Aquaria KLCC, pada 30 September ini. Pasti Dea Marissa suka nie dan sis sendiri pun nak juga tahu lebih lanjut tentang kepentingan kelestarian khazanah laut ini.

Sis suka keindahan pulau dan kejernihan air laut yang kaya dengan pelbagai jenis hidupan laut. Rasa kesal sangat bila tengok ramai yang tidak peka dan kurang  bertanggungjawab untuk memelihara keindahan tersebut.

Okay, jumpa di Aquaria KLCC, pada 30 September ini. Banyak aktiviti menarik sesuai buat kita sesi keluarga. Cepat-cepat tau, beli tiket dan gunakan kemudahan aplikasi tu!

Lurve,
Sis Anie Mohamed