Biarpun dunia hari ini semakin deras ditelan arus kemodenan, namun warisan kesenian dan budaya yang ditinggalkan oleh orang-orang lama seharusnya tidak diketepikan. Malahan, wajar dipulihara dan dipelihara supaya terus kekal bersama generasi hari ini dan akan datang.

Petang tadi, bertempat di pusat membeli-belah Summit USJ, Subang , telah diadakan majlis perasmian Program “Merakyatkan Seni Budaya” 2019. Acara yang berlangsung sejak jam 12 tengahari hingga 6 petang ini, dianjurkan oleh Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia. Sis pun tidak ketinggalan untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Persembahan Demo Masakan "Kari Ayam"  daripada Chef Iskandar
Boleh cuba Pes Mama's Delights, harganya pun ok sepeket RM3.50 sahaja
Banyak aktiviti menarik yang telah disusun untuk pengunjung yang hadir. Antaranya Demo Masakan Budaya oleh Chef Selebriti, Iskandar, Sempatlah jugak sis tengok demo masakan menggunakan pes Mama’s Delights. Ada macam-macam jenis pes-nya tau dan murah pula harganya. Haruslah beli nanti!!! 
Permainan congkak masih mendapat tempat di hati anak-anak kecil
Rasa seronok bila tengok anak-anak kecil masih menyenangi permainan tradisional ini
Di samping itu, turut disediakan beberapa permainan tradisional yang pernah sis main masa zaman kecil-kecil dahulu. Antaranya batu seremban, congkak dan lompat getah. Sempat jugaklah sis dan teman-teman blogger menunjukkan bakat bermain batu seremban. 

Hahahaha.... nie lah geng Batu Seremban yang tak berapa terror, tapi tetap bersemangat!


Apa-apa izinkan kami selfie dulu... hahha.. hhahaaa
 Walaupun permainan ini nampak macam santai-santai jer, tapi kita kena betul-betul fokus untuk membaling dan menangkap semula batu yang kita baling tadi tu.Memang kelakar habislah, sebab masing-masing tangan kayu! Hahhaha.. hahhaa..

Sekitar majlis perasmian "Merakyatkan Seni Budaya" 
Sekitar jam 3 petang, majlis diteruskan dengan acara perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco), yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan.

Turut hadir dalam majlis perasmian “Merakyatkan Seni Budaya” ialah YB Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Prof Madya Sahar Sa’Adi Bin Hashim, Rektor Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), YBRS Ahmad Firdaus Bin Dato’ Ahmad Hamizan, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia, YBRS Encik Ahmad Nazmi Bin Razali, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dan YBRS Encik Kamarulzaman Adnan, Setiausaha Bahagian Kapar.

Pada majlis itu juga, Yang Berhormat Datuk Abdul Rashid Bin Asari turut berucap. Katanya, Selangor merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai keunikan seni dan budaya, sejarah gemilang pada masa lampau dan track-record yang terus maju ke hadapan.

Pemerkasaan program seni kebudayaan yang berteraskan elemen tradisi dan warisan adalah amat wajar untuk disemarakkan supaya ianya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.Beliau yakin bahawa lebih banyak butiran seni budaya yang boleh dan akan diketengahkan dan dipromosikan sebagai produk pelancongan di Negeri Selangor.

Menurutnya lagi, sejak sekian lama, Negeri Selangor sentiasa menjadi negeri tumpuan para seniman dalam pelbagai bidang. Mereka bukan sahaja tinggal di negeri ini tetapi menjadi tempat untuk berkarya dan menghasilkan produk seni budaya mereka.

Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negeri Selangor berkerjasama dengan penggiat-pengiat industri pelancongan, seni dan budaya melakukan usaha yang komprehensif berkenaan dengan seni budaya yang mempunyai potensi besar dan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri yang lebih holistik.




Dalam ucapan perasamiannya itu, beliau juga menyifatkan Malaysia merupakan negara majmuk yang ditunjangi oleh masyarakat dari pelbagai latar belakang budaya, adat resam dan lain-lain yang menjadi asas pengukuhan perpaduan pada peringkat kebangsaan.

Beliau menyeru agar kepelbagaian agama, budaya dan adat resam kaum di Malaysia hendaklah dihormati dan dipelihara dengan sebaik-baiknya. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan harmoni (contohnya) melalui cara berpakaian, amalan beragama dan perayaan.

Selain itu, beliau turut berpendapat, tugas memperkasakan bidang kebudayaan ini menjadi tanggungjawab bersama, sama ada diperingkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan NGO melalui program-program pengembangan budaya yang lebih berkesan.

Ia perlu dirancang dengan rapi dan dilaksanakan dengan teratur melalui penglibatan sektor pendidikan, pelancongan dan lain-lain yang berkaitan bagi memastikan seni, budaya dan warisan terus kekal relevan dan diwarisi sebagai satu kebudayaan yang bernilai oleh generasi akan datang.

Jadi, beliau berharap agar masyarakat Malaysia, khususnya rakyat Selangor terus berganding bahu membantu menyemarakkan dan memperkasakan khazanah seni budaya Malaysia agar terus kekal diamalkan.

Insya-Allah, marilah kita bersama-sama memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara yang kita cintai ini. 


Tarian Jatiswara, tarian klasik India.
Tarian Cina Kipas
Terhibur dengan persembahan yang dibawakan oleh ASWARA.Mantap!
Sebelum majlis tamat, turut dihiburkan dengan persembahan khas dari ASWARA dan Bob Yusuf, selaku artis jemputan. Kalau nak ikutkan memang tak cukup, dua buah lagu yang diperdendangkannya itu.

Lagu 'Anta Permana', Siti Nurhaliza yang dibawakannya itu cukup lunak. Jadi, sis sokong juga kalau Siti Nurhaliza pilih Bob bagi mengantikannya menyanyikan lagu 'Anta Permana' di AJL nanti. 

Oh, ya sebelum majlis berakhir ada cabutan bertuah. Tahniah buat Rawlins sebab menang cabutan bertuah.

Tahniah Rawlins!! (depan, kiri)

Sekian dulu  catatan sis kali ini, sampai jumpa lagi!

Lurve,
Sis Anie Mohamed