Kalau suka sajian masakan Cina dan ingin menikmatinya bersama keluarga ataupun ‘kengkawan’, bolehlah datang ke Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam.


Sempena menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina 2020, Tahun Tikus ada promosi di Restoran Cina Tung Yuen nie tau. Check it out!

Aneka Masakan Lazat
Menyajikan pelbagai hidangan masakan Cina yang sungguh enak dengan ramuan halal. Jadi, korang janganlah teragak-agak untuk datang dan cuba nikmati set menu yang disediakan. 

Katanya pada tahun 2020, bagi menambah kemeriahan musim perayaan, Restoran Cina Tung Yuen di Grand BlueWave Hotel Shah Alam menyediakan aneka masakan yang lazat sepanjang bulan Januari 2020 sehingga bulan Februari 2020. Semua menu yang sedap tu disediakan oleh chef khas dalam masakan cina yang diketuai oleh Chef Patrick Ng.

Chef Patrick Ng mengetuai segala menu masakan Cina yang sungguh lazat ini
Nak tahu, betul-betul sedap ke tak, korang kenalah rasa sendiri. Kalau tanya sis, ikut tekak dan seleras sis, dah tentulah sis jawab sedap! Hahahaha…

Makan Besar Tahun Baru Cina
Tiapkali tiba perayaan Tahun Baru Cina, ramai yang menanti hidangan Yee Sang, menu tradisional orang Cina. Tanpa hidangan tradisi ini tak lengkaplah Makan Besar Tahun Baharu Cina. Hidangan ini memberi simbol kepada kejayaan, kesihatan yang baik serta kekayaan. Ianya di makan secara beramai-ramai dan dihidangkan dalam satu pinggan yang besar. 

Kalau dah sampai ke Restoran Cina Tung Yuen di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, rugi besarlah kalau tak cuba Auspicious Yee Sang Selection. Sebenarnya terdapat tiga pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish, Crispy Fish Skin, Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin dan juga Vegetarian Yee Sang.
Harganya ditawarkan bermula serendah RM40.00+. Kira ok sangatlah tu kan…

Set Deluxe Prosperity Treasure Pot Package
Selain itu, kalau nak, korang boleh juga boleh menikmati makan besar bersama ahli keluarga sempena perayaan yang penuh makna ini dengan memilih set Deluxe Prosperity Treasure Pot Package – Prosperity Delxe “Lo Hei Poon Choy” Special.

Untuk set ini, dapatlah rasa menu-menu lazat seperti Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, Halal Deluxe “Lo Hei Poon Choy”, Baked Fish Fillet with Salted Egg Yolk and Milk, Stir Fried Hong Kong Seasonal Vegetable with Whole Garlic, Eight Treasure, Dried Oyster, Fragrant Rice in Lotus Leaf dan Mixed Fruit Platter.
Set ini ditawarkan dengan harga RM1188.00+ setiap set.














Chilled Sea Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon

Auspicious Good Luck Set MenuSatu lagi set yang ditawarkan sempena Tahun Baharu Cina kali ini Auspicious Good Luck Set Menu. Set ini mempunyai lapan jenis hidangan termasuklah Yee Sang with Salmon Fish and Crispy Fish Skin, Double Boiled Chicken Soup with Madagascar Coconut and Black Garlic, Crispy Boneless Chicken with Roast Sesame Paste, Fried White Shell Prawn with Mayonaise and Crispy Fried, Steam Red Garoupa with Black Ear Fungus and Premium Oyster Sauce, Braised Black Mushroom, Baby Abalone and Fish Maw with Brocolli, Black Pepper Fried Rice with Chicken dan Chilled Sea Coconut with Sea Bird Nest (Seaweed Jelly) and Lemon.

Harga untuk set ini ialah berharga RM1288.00+.

Bermula 15 Januari 2020
Menu promosi Tahun Baharu Cina ini bermula pada 15 Januari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dari jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang bagi sesi makan tengahari.
Manakala untuk sesi makan malam, ia bermula dari jam 6.30 malam sehingga 10.30 malam.





Bagi penggemar masakan Cina, jangan lupa singgah di Restoran Cina Tung Yuen, Aras 1 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam untuk menikmati hidangan lazat. Nak senang, eloklah korang buat tempahan dulu.
Hubungi telepemasaran di talian 03-55111833 ext 2723/2724/2606 atau email ke telemarketing@bluewavehotels.com

Tak pun jenguk website www.bluewavehotels.com.
Okay, selamat menjamu selera!
Bersama Sis Kolin Zainal  yang cukup suka dengan masakan Cina



Lurve,
Sis Anie Mohamed